Tipu

Entah berapa kali agaknya aku ditipu. Pertama, aku sebenarnya perampas. Aku diminta untuk jadi pasangannya sedangkan dia masih dengan yang lama. Dia katakan mereka dah putus sebab pasangannya curang. Dan aku dipaksa untuk menerimanya dengan alasan supaya aku dapat lupakan ex aku. Jadi aku pun cuba la untuk terima dia.
Aku x tahu dapat @ x aku terima dia. Perasaan ni… entah la. Kadang2 aku sakit hati dengan perangai dia. Kadang2 aku suka. Kadang2 aku malas nak peduli. Bak kata kawan aku, aku macam nak xnak je bercinta. X siyes la kot.
3 tahun bersama, lama2 perasaan aku makin pudar terhadap dia. Sebab dia lebih banyak bercerita tentang orang lain yang asyik mengejar dia. Aku dah penat sakit hati. Asal in relationship, mesti nak sakit hati. Makin lama aku makin senyap.
Dia mula berkenalan dengan seseorang. Dan aku sibuk dengan kehidupan aku. Xda masa nak berkenalan dengan sesiapa pun. Dan dia mula berhubung dengan aku balik. Aku rasa teruja la jugak. Seolah2 hubungan kami semakin baik. Tapi dia asyik bercerita tentang seseorang ni. Hmmm… entah la.
Aku malas nak fikir bukan2. Dah dia cakap kawan, kawan je la kot. Bila balik sana, dia jumpa seseorang tu. Aku percaya je segala yang dia bagitau. Orang yang dicurangi x mungkin berniat untuk curang… sebab dia tau betapa sakitnya dicurangi, kan? Itulah pendapat aku.
Sehinggakan pada suatu hari kawan aku tanya, aku masih dengan dia lagi x? Aku cakap masih… ada jugak aku tanya, kenapa? Tapi dia cakap xde apa2. So, aku xde la syak sangat. Rupa2nya kawan aku dapat tau bahawa dia ni tengah bercinta dengan seseorang sedangkan dia masih bersama dengan aku. Kes ni aku baru tau beberapa bulan yang lepas la.

Dup Dap

Entah gila apa yang datang dalam diri aku. Disebabkan aku benci orang buat x peduli kat aku, aku buat perkara bodoh.
Aku suka kat dia. Tapi dia x layan aku. So, aku bagitau la yang aku suka kat dia. Terus dia senyap. Bila terserempak pun, dia buat tak nampak. Betapa siksanya jiwa dan raga aku. Sehinggakan aku rasa macam nak gila bila dia buat macam tu kat aku. Bila nampak je dia, jiwa aku jadi tak menentu. Bila x nampak seharian, seharian la jiwa aku aman.
Kawan aku kata, mungkin aku sekadar minat je kat dia. Mungkin la kot… sebab aku jadi x menentu lepas nampak dia. Jadi aku try mengelak dari nampak dia. Mula2 ok la. Lama2 walaupun x nampak dia, aku tetap jadi x menentu.
Rasa nak gila. Jadi aku nekad untuk jumpa dan tegur dia. So… bila dia ada, aku gagahkan diri dan tegur dia. Bila dia menoleh… sejak aku luahkan rasa suka aku kat dia, dia jarang menoleh. Sambung balik… bila dia menoleh, aku lambai dia. Dia pun macam nak lambai aku balik.tapi sekali je. Dia senyum. Aduh… cair. Bila aku tegur, dia buat macam biasa je. Senyum macam xde pape. Macam aku x pernah luah rasa suka kat dia. Tapi aku xtau apa yang dia nampak dalam diri aku. Nervous ka aku? Panik ka aku? Yang aku tau, time aku tegur dia jantung aku berdegup laju. Kaki dan tangan aku rasa menggigil. Nasib baik suara aku tak terketar2. Tegur sekejap je pun.  Dan aku baru terfikir… apa respond kawan dia agaknya? Biasanya aku akan tengok respond kawan kat sebelah dia. Tapi time tu, seolah2 cuma aku dan dia je yang wujud.
Lepas tu aku blah… memang gabra gila la… lama2 aku rasa tenang. Sakit pinggang aku pun hilang sekejap. Hahaha… baru la jiwa aku tenteram lepas tegur dia. Xda dah sakit jiwa datang. Terpaksa aku rajin tegur dia, kalau xnak jadi jiwa kacau macam ni.
Bak kata kawan aku… memang tahap kronik aku obses kat budak tu. Aku xtau patut teruskan atau x untuk minat kat dia. Aku takut perasaan ni untuk sementara. Kalau perasaan ni kekal, aku xnak menakutkan dia atau menakutkan sesiapa.