Cinta Biasa 2

Lepas putus dengan dia, aku pergi ke hometown dia. jadi ada la jumpa dia sekali. lepas tu dia langsung tak kontek aku. aku pun langsung tak menoleh lepas pergi. entah apa perasaan dia, kan.

Beberapa bulan berlalu, dan ketika aku merayau dengan kawan aku dan aku ternampak dia. mungkin dengan beradiknya. muka dekat2 nak seiras. bukan mudah nak nampak dia walaupun duduk sama bandar.

dan beberapa ketika kemudian, aku balik dari rumah kawan aku. merayau kejap sebelum naik bas balik ke tempat aku. tiba2 aku ternampak dia. berjalan dengan seseorang. dan seseorang itu begitu asyik bercerita dengan dia. aku follow je diorang. sebab sama destinasi. takkan aku nak lari, kan?

xtau macam mana, tiba2 dia berpusing. lalu ternampak aku. terkejut i….bila dia sedar aku di belakang, dia pun macam menjauh dari seseorang tu. yang seseorang ni memang leka bercerita. tak tahu la apa hubungan mereka berdua. mungkin teman? mungkin juga adik dia.

sampai di terminal bas, diorang naik bas. dan aku masih di bawah. bas x sama… aku perasan dia asik perhatikan aku sehingga bas berjalan,  dan kawannya itu seolah2 langsung x perasan. asyik sungguh.

sampai aku di bilik, entah kenapa… tumpah jugak air mata aku bila teringat kat dia. walaupun dia cinta paling biasa.

Advertisements

Cinta Biasa

Aku sentiasa tertanya2…apa yang dimaksudkan dengan cinta luar biasa? bukan semua cinta pun luar biasa ke? entahlah labu… agaknya ni kisah cinta biasa kot. hahaha…. kisah yang paling jarang aku ceritakan kepada sesiapapun. kisah cinta yang paling low profil. walaupun 2 tahun jugak lamanya.

Kisahnya bermula bila kawan aku ni, X berkenan kat seseorang. tapi dalam masa yang sama dia memang dah ada couple. couple yang kononnya dia terima secara tak rela. sebab #2 ni tak sihat. aku lak sekadar suka je pada #2. sebab perasaan aku masih terikat pada #1. jadi, kononnya untuk tidak menyedihkan #2 yang sakit ni, aku tolong la kawan aku untuk merapatkan diri dengan #2.

X memang langsung tak pedulikan #2 sebab dia terkejar2 dengan orang yang dia minat. jadi untuk menghilangkan rasa kosong dalam hati #2, aku pun selalu berhubung dengan #2. mula berkenalan memangla rasa janggal. tapi lama2 kami jadi semakin rapat. sehinggakan pada suatu hari X mintak putus ketika #2 menjalani pemeriksaan di hospital.

Pada hari result keshatannya keluar, dia bagitau aku berita gembira… bahawa dia sihat sepenuhnya. dia langsung tak menyentuh tentang X. entah apa perasaan #2 pada ketika itu.

lama2 kami berdua semakin rapat. sehingga pada satu hari dia mengajak aku untuk bercouple dengannya. aku terima kerana aku sayangkan dia dan hati terluka akibat #1. sungguh biasa kisah aku, kan.

weird