You

I hope I can love the warmth of the someone’s body like I loves the warmth of yours
I hope I can love the smell of someone like I love the smell of you
I hope I can love again like I love you
But I can’t love others since I still love you

Another dream

Setelah sekian lama, aku kembali mimpikan dia. Selepas aku bermimpikan yang aku berkawan dengan kapel dia.
Mungkin aku teringat kat dia. Sebab aku melihat gambar dia sebelum tidur. Tapi hampir nak subuh baru aku mimpi psal dia.
Dalam mimpi tu, aku dijemput datang ke rumah mereka. Ada sedikit jamuan. Nak sambut birthday aku kot. Hahaha…
Sampai kat sana, rupa2nya diorang sambut anak saudara baru. Tapi yang peliknya, baby tu ada 16 jari di sebelah tangan saja 😱
Kemudian kami berdua lepak bersama. Dengar lagu sama2. Aku iUngatkan nak cari lagu ni dalam google, tapi x berapa ingat la lirik dan tune dia. Entah wujud entah tidak je lagu tu.

I will never say it twice

Atau

I will never show it twice

Entah la. Atau lain sikit liriknya….

Mimpi & Realiti

Malam tadi aku mimpikan dia lagi. Orang yang paling selalu menjenguk aku dalam mimpi. #3…
Hubungan aku dengan dia semakin rapat. Seolah2 kami kembali bercinta. Tapi realitinya dia seolah2 ingin melupakan segalanya tentang aku. 😢
Tapi aku tak salahkan dia. Yang bersalah adalah aku. Aku yang sering menoleh ke belakang. Sedangkan ada yang memberi klu kepada aku.
Entah la…klu cuma sekadar klu. Mungkin benar, mungkin sekadar bergurau. Aku tak peduli kerana aku tau apa perasaan aku terhadap dia.

Harapan @ gerak hati?

Minggu lepas aku sangat merindui dia. Betapa patahnya hati aku bila teringat bahawa dia bukan milik aku lagi.
Masih bermain2 di ingatan aku jalan dan laluan yang pernah kami lewati bersama. Bagaimana kami berdua menjadi food hunter, dengan mencuba makan di kedai2.
Hari ini aku sudah tenang. Aku optimis bahawa dia tetap akan jadi milik aku. Dia akan kembali ke dalam dakapan aku.
Tiada lagi amarah dan dendam aku pada dia. Yang ada cuma kerinduan.

Hilang ingatan

Perasaan aku terhadap dia langsung x hilang. Aku patah hati setiap kali melihat post kapel dia. Walaupun bukan dia yang post. Hendak aku remove kapel dia dari friend list? Nampak sangat aku masih sayangkan dia. Hmmm… suka benar nak siksa diri sendiri, kan.
Mungkin benar dia rindukan aku. Tapi dah lama aku x bagitau dia yang aku rindukan dia. Bertahun lamanya. Ego… bila rasa x dihargai, apa erti hendak meluahkan kepadanya?
Aku x tahu sama ada dia x bahagia atau pura2 bahagia. Tapi bukan cara aku untuk merampas kekasih orang. Entah kenapa kekasih2 aku selama ni asik dirampas orang.
Siksa rasanya menanggung rindu ni. Kadang2 aku berharap agar aku hilang ingatan. Supaya aku boleh lupakan dia. Seolah2 dalam cerita tv, bila hilang ingatan, x ingat pun pada insan yang paling dicintau. Sedangkan pada orang lain ingat pula. Hmmm…
Sakit lagi kepala aku ni

Mimpi seterusnya

Tadi aku mimpikan #3 lagi. Dia datang untuk meluangkan masa dengan aku.kami bersama2 kemana saja. Sehinggakan satu masa, aku sedang meniarap, tiba2 dia seperti meletakkan sesuatu di kepala aku. Dia gerak2kan kepala aku. Tapi aku ikut saja.
Selesai melakukannya, dia call kapelnya. #3 bagitau kapelnya bahawa dia sebenarnya bersama dengan aku. Bersama dengan aku untuk merawat aku. Apa yang dia lakukan tadi sebenarnya adalah bekam kepala.
Hmmm…. agaknya apa yang terjadi kepada kepala aku ya?

Mimpi lagi

Masuk tahun baru, dan awal2 lagi aku dah mimpikan dia. Nampaknya dia selalu sangat menjenguk aku dalam mimpi. Entah benar entah tidak, orang cakap kalau kita mimpikan seseorang maksudnya dia rindukan kita.
Aku selalu rindukan dia, adakah dia selalu mimpikan aku juga? Mungkin jugak aku selalu rindukan dia menyebabkan dia masuk dalam mimpi aku. Walaupun kadang2 aku x ingat pasal dia seharian sebelumnya. Memang dia ni taknak tinggalkan hidup aku aman.
Aku mimpi dia datang mencari aku. Dia katakan dia mahu kembali kepada aku. Dalam mimpi tu aku cuma terpinga2. X tahu apa yang patut aku jawab. Sekiranya realiti pun, aku tetap xkan tahu nak bagi jawapan apa kat dia. Dia bagitau aku yang dia xnak lagi hidup bersama pasangannya.
Kemudian apa jadi dengan mimpi tu? Entah la. Aku pun xtau 😂😂😂 sebab mimpi tu bertukar watak jadi orang lain. Aku lak cuma jadi pemerhati.
Barangkali ada sambungan lagi mimpi ni lagi. Sebab selama ni pun mimpi aku pasal dia sentiasa bersambung.

Mimpi

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Sebelum itu, baik aku ceritakan mimpi2 aku sebelum ni.
Aku pernah mimpi dia dan aku berjumpa di 1 kem. Kami bersembang bila ada kesempatan. Kemudian terpisah kerana x sama destinasi. Bertemu kembali dan dia kelihatan kurang sihat. Dia kelihatan pucat dalam pangkuan aku. Aku cari pasangan dia,tapi pasangan dia tiada berdekatan.
Mimpi lain… aku tumpang tidur di bilik siapa entah… dia pun ada sama. Cuma tilam kami berdua agak berjauhan. Dan timbul rasa serba salah bila kami berdua berada sebilik. Aku takut pasangannya sedih melihat kami berdua.
image

Dan malam tadi… aku mimpikan dia lagi. Juga di bilik tidur. Kami tidur beramai2. Entah siapa pegang tangan siapa… aku angkat tinggi2. Agak berisi tangannya… aku terkenang tangan #3 yang aku selalu pegang dulu. Dalam hati aku berkata, dah lama aku tak cium tangan orang yang aku sayang. Kemudian aku menoleh… rupa2nya aku memegang tangan dia. Dia ketawakan aku bila aku terkejut. Dia senyap2 menyelit di sebelah aku. Dan sebelum aku terbangun, aku tetap tanya soalan yang sama… ‘pasangan mana?’

Cinta pertama?

Beberapa hari ni aku asik teringatkan dia. Walau ramai yang cuba untuk membuat aku lupakan dia, tapi semuanya gagal. Dia hilang seketika… kemudian datang kembali. Aku cuba tanam kebencian terhadap dia. Tapi perasaan sayang melebihi segalanya. Walaupun hati luka parah kerananya.
Bergayut dengan kawan… baru aku tahu,kekasih pertama tak semestinya cinta pertama. Hahaha… lucu la pulak. Dia bukan kekasih pertama. Tapi dia yang paling aku rindu sampai sekarang. Insan yang boleh berbicara dari hati ke hati. (Ye ke?) aku x pernah berahsia apa2 dari dia. Errr… ada sekali sebenarnya. Tapi kantoi.hahaha…
Aku terfikir… adakah dia cinta pertama aku? Sehinggakan aku jadi begini. Biasanya aku akan sembuh sendiri selepas terluka. Tapi dengan dia… aku terpaksa biasakan diri dengan kelukaan ini.

Denial

image

Walaupun kau menafikannya, manusia tetap akan menilai berdasarkan pemikiran dan pemerhatian mereka. Begitu juga aku.
Apa kau yakin orang lain salah faham dengan keakraban itu? Aku kenal kau lebih dari orang lain. Tapi aku x kenal kau sepenuhnya.
Siapakah yang lebih negatif? Orang lain yang berfikiran seperti aku? Atau orang yang selalu menyembunyikan sesuatu, seperti kau?
Kisah kau… ingin aku tamatkan. Tapi aku tak mampu. Kisah aku sentiasa tamat dibayangi oleh kau. Mampukah aku meloloskan diri? Atau kau akan sentiasa ada untuk selama2nya?