R.I.P DOLORES O’RIORDAN

16 jan, 2018 aku bangun tidur dan terus bukak facebook. Perkara pertama yang membuat aku segar ialah bila melihat berita tentang tentang penyanyi The Cranberries, Dolores O’Riordan. Seolah2 bermimpi saja bila mendapat perkhabaran itu.
The Cranberries & Dolores bukan nama asing bagi aku, sejak 1993. Zombie…lagu yang menaikkan nama mereka. Aku mendengar sambil memahami segala lirik lagu tersebut bila terdapat khabar angin mengatakan bahawa lagu tersebut merupakan lagu pemujaan syaitan. hahaha… semata2 kerana ZOMBIE. Cetek benar pemikiran mereka.
Abang aku mungkin berminat juga dengan lagu tersebut sehinggakan dia beli kaset kumpulan tersebut. Malangnya dia tersalah beli kaset. Dia beli kaset album terdahulu The Cranberries, ‘everybody can do it, so why can’t we?’. Lalu terabailah kaset tersebut… & abang aku beli kaset yang betul, ‘no need to argue’.
Dari kaset no need to argue, aku mula tertarik dengan lagu2 mereka yang lain. Kemudian aku beralih ke kaset pertama mereka. Dan aku jatuh cinta kepada hampir semua lagu mereka dari kedua2 album tersebut. Lirik2 aku hafal dan masih ingat sampai sekarang. Akhirnya kaset2 tersebut jadi milik aku.
Kemudian aku beli kaset ‘bury the hatchet’ yang terkenal dengan lagu ‘promises’ & ‘animal instinct’. Sebenarnya lagu2 lain pun best juga. Tapi yang paling menyentuh perasaan aku adalah lagu mengenai penderaan seksual kanak2… ‘fee fi fo’. Dari situ aku perasan lagu2nya lebih kepada tentang humanity.
Kaset seterusnya aku beli adalah ‘stars’. Kompilasi lagu2 terbaik the cranberries.  Walaupun ada lagu yang pernah ada dalam koleksi sebelum ni, aku x pernah menyesal membeli kaset tersebut.
Album terakhir aku beli adalah ‘roses’. Pun best jugak. CD. Jadi aku jarang nak dengar.
Walaupun ada orang mengatakan kematian dia disebabkan oleh overdose dadah… aku xkan nafikan. Mungkin dia ada ambil dadah. Tapi dia antara artis yang x pernah menimbulkan kontroversi. Jadi, sekiranya dia overdose dadah, aku beranggapan kerana dia mengalami sakit belakang yang amat sangat. Kerana tahun 2017 the cranberries banyak membatalkan tour mereka kerana Dolores sakit belakang.

Advertisements

Might be the end

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Aku nampak dia & aku peluk dia. Tapi xda apa2 perasaan dah bila aku peluk dia.
Badan dia sdikit menggigil masa aku peluk. Demam katanya. Dia macam xnak aku peluk dia. Jadi aku lepaskan rangkulan aku padanya. No heart feeling.
Barangkali ini mimpi terakhir aku tentang dia. Yang tinggal cuma kenangan. Xda lagi perasaan kasih yang tinggal.