Dendam Terindah

aku agak serabut beberapa bulan ni.hmmmm….

hubungan aku dengan #5 semakin erat. tiba-tiba #3 datang kembali dan mengganggu perhubungan kami berdua. pada awalnya aku agak keliru dengan kehadirannya. ye la… selama ini aku berharap agar dia kembali. penat aku menunggu…. bila aku sudah berhenti berharap dan nekad untuk menumpukan perhatian kepada #5, tiba-tiba dia datang kembali.

hubungan aku dengan #5 mulai goyah. disebabkan #5 tahu aku begitu menyayangi #3. dan dia pernah melihat aku menangis disebabkan oleh #3. jadi dia memaksa aku untuk kembali kepada #3. tapi hati aku mulai berbelah bagi. untuk apa #3 kembali? sedangkan dia dah ada orang lain. aku cuma akan dicari apabila dia ada masalah.

ermmmm…. aku try untuk terima dia balik. tapi hati aku rasa sedih untuk meninggalkan #5. aku tau #5 agak moody disebabkan perkara ini. #3???? entah la. aku taknak kecewakan dia. tapi aku harus memilih antara satu. berat hati untuk menerima #3 atau berat hati untuk meninggalkan #5.

#3 mulai rapat dengan #5.bukan….maksud aku….#3 mulai suka pada #5. dari mana aku tau? #5 yang bagitau aku. #3 mula menunjukkan reaksi cemburu apabila #5 rapat atau mesra dengan orang lain. tapi dalam masa yang sama, dia cuba untuk menagih cinta dari aku. dan dalam masa yang sama, dia bagitau aku yang ada orang lain sedang menunggu dia untuk memberi jawapan sama ada untuk menyambut atau tidak cintanya.

aduhhhhh…….aku jadi sangat-sangat keliru. kenangan aku bersama #3 datang kembali satu per satu. #5 memujuk aku untuk terima #3. alasannya… nak tengok sama ada #3 ikhlas atau tidak untuk kembali pada aku. berat hati aku untuk menerima cadangannya itu. tapi aku terima juga. aku pun ingin tahu. aku bagitau #3 yang aku terima dia kembali. beberapa hari #3 diam seribu bahasa.hmmm…. aku tak mengharap dia bagi jawapan positif pun. cuma reaksi dia membuat aku sakit hati. dia diam beberapa hari pada aku, namun dia menghubungi #5 setiap hari. ada-ada sahaja alasannya untuk berjumpa #5 setiap hari.

akhirnya aku bagitau #3 yang aku tak boleh menerima dia kembali. #3 berjumpa dengan #5 dan menunjukkan mesej aku kepada #5. #5 senyap sahaja. sebab pada ketika itu rahsia hubungan aku dan #5 belum terbongkar. #3 mengatakan dia menerima segala keputusan aku dengan terbuka. walaupun dia berharap untuk kembali bahagia bersama aku. huh…. aku tak dapat menerima kata-kata dia.

dari saat itu, #3 mulai jarang menghubungi aku. tapi semakin kerap menghubungi #5. #3 selalu mengajak #5 keluar bersama. kadang-kadang datang ke rumahnya tanpa sebarang pemberitahuan awal. lepak sehingga tengah malam. aku sudah memberi amaran kepada #5 supaya jangan melayan sangat #3. tapi #5 ni degil sangat. dia selalu cakap, diorang kan kawan. takde lebih dari tu. sehinggakan #3 datang malam-malam, lepak hingga lewat malam dan merayu untuk tidur di situ disebabkan hujan. aku dah agak #3 akan bagi alasan macam tu. tapi disebabkan aku jauh dan #5 yang degil…apa lagi aku boleh buat selain daripada larangan tu?

#3 semakin berkelakuan berlebihan pada #5. #5 mengadu pada aku. aku pun mulai menghubungi #3 balik. aku marah-marah pada dia. dan aku bagitau dia bahawa #5 adalah pengganti dia.hah….padan muka!!! aku bagitau dia yang aku tak suka apa yang dia lakukan pada #5. namun #3 menafikan semua perbuatannya. dia cakap dia cuma menganggap #5 sebagai adik. apakah sorang yang lebih tua akan memberi kata-kata yang melampaui batasan kepada adiknya???? macamlah aku percaya.

disebabkan aku memarahi #3, #3 mengadu pada #5. n #5 memarahi aku pula. aduhduhduh….. bencinya aku!!! #5 memberitahu aku yang dia pun sebenarnya rimas pada #3. tambah tambah pula dia tengah ada masalah lain. hubungan kami berdua semakin renggang.

aku diberi peluang untuk memilih lagi. hmmmm…. kenapa aku perlu memilih lagi?sedangkan aku sudah membatalkan keputusan aku yang pertama. maksudnya aku takkan terima #3 la kan? hati aku masih berbelah bagi. untuk kecewakan siapa? aku benci untuk mengecewakan siapa siapa.

#3 mengatakan dia jadi begini kerana aku. hah!!!aku ke yang menyebabkan dia jadi player? biarpun aku jadi kekasih pertamanya… siapa yang meninggalkan siapa? siapa yang sanggup tinggalkan siapa disebabkan orang lain? siapa yang marah-marah apabila dihubungi? siapa yang memberi macam macam alasan bila dicari?akhirnya aku memilih untuk bersama #5. #5 pula rijek keputusan aku dan menyuruh aku berfikir lagi.

fikir punya fikir punya fikir….aku tak ingin kembali pada #3. dia telah banyak menyakitkan hati aku. dan dia telah banyak menipu aku. dan banyak perkara terbongkar mengenai dia. dan yang paling aku tak boleh terima, dia meluahkan perasaan cintanya pada #5. manakala #5 pula seolah-olah tidak mahu aku lagi. katanya hatinya sudah tawar. bagus aku menyingle. aku pilih untuk menyingle.

tapi #5 masih tidak mahu menerima keputusan aku. aku bergaduh dengan dia. dia bagi aku peluang terakhir untuk membuat keputusan. aku tanya #5, adakah dia ikhlas sayangkan aku? dia bagitau aku yang dia sayangkan aku. tapi dia pun seperti aku. sukar untuk melupakan insan yang paling dia sayang. tapi dia tak ingin kembali padanya lagi. nasib kami berdua agak sama. jadi aku membuat keputusan terakhir dan memilih untuk terus bersama #5. dan keputusan seterusnya… #5 pula perlu berfikir untuk terus bersama aku atau tidak. sekiranya dia setuju, kami akan terus bersama. sekiranya dia tidak setuju, bagus aku hidup sorang.

keputusan aku ni pun bukannya dapat memberhentikan #3 untuk terus mengganggu #5.hmmmm.

cuma apa yang aku boleh katakan sebagai dendam terindah ialah…dulu aku pernah berharap, siapa-siapa yang mempermainkan cinta aku tidak akan dapat melupakan aku. dan tidak akan dapat aku kembali.

Advertisements