Fake

image

Mungkin love dia fake? @ mungkin love aku yang fake selama ini. @ mungkin love kami berdua yang fake. Entah… sampai kini aku tak terasa pun kehilangannya.

Advertisements

Tiba2

Semenjak aku putus dengan #5, aku merasakan seolah2 perasaan aku terhadap #3 pun hilang. Entah kenapa. Baru kini aku dapat rasa seolah2 aku dan dia cuma kawan. Kawan lama yang pernah rapat tapi kini jarang berhubung. X seperti #4 yang memang dah lama aku anggap sebagai kawan. #1 & #2? Terus lost contact. Sekurang2nya aku masih dapat stalk fb #1. 😂 #2 hilang tanpa jejak. #6? Wei…calon pun belum ada.

Convince

image

Sepatutny dah lama aku patut sedar hal ini. Tapi aku ni bodoh entah tahap apa. Orang main on/off dengan aku pun aku teruskan jugak.

Dunia tanpa sempadan

Apa aku nak tulis sebenarnya adalah pasal perasaan.
Semenjak ada fb, whatsapp dsb…. orang makin susah nak kawal perasaan. Marah pun nak post, sedih pun nak bagitau, gembira pun nak kongsi. Makin kurang orang memendam perasaan. Adakah ni sesuatu yang baik atau buruk? Entah la, aku malas nak kaji.
Cuma aku nak bagitau pasal perasaan aku je. Semenjak hp ni jarang berpisah dari aku, rasa aku ni makin susah nak kawal perasaan.
Sikit2 nak mengadu. Kadang2 bukan masalah besar pun. Orang lain ada masalah lebih besar.
Aku rasa nak berehat sekejap dari dunia tanpa sempadan ni kejap. Tapi mampukah aku? Doakan aku berjaya.

Alang2

Tiba2 dia senyap. Entah kenapa. Mungkin dia dapat tahu yang aku sukakan dia. Ya… memang aku sukakan dia. Tapi apakah sayang @ cinta? Aku tak tahu.
Mungkinkah crush? Nak dikatakan crush, lebih dari 3 bulan jugak dah ni.
Macam mana perasaan aku kat dia? Aku suka tengok dia. Aku suka dengar dia bercakap. Aku suka tengok dia senyum. Tapi bila berbual dengan dia, aku rasa biasa2 saja. Aku cuba cari perasaan istimewa dalam diri aku bila dengan dia, tapi aku tak jumpa. Cuma yang ada perasaan jeles bila dia berbual dengan seseorang. Haih…. bila dengan yang lain, aku x jeles pn…
So…sebab aku x tahu apa sebab dia senyap, daripada aku tertanya2 sepanjang hidup aku… better aku buat penyebabnya sendiri. Aku buat pengakuan kat dia. Walaupun sebenarnya aku belum pasti lagi tahap kesukaan aku kat dia.

Para Ex Sekalian…

Dear para ex,
Apahal ni? Sebenarnya aku malas nak peduli. Tapi aku rasa agak terganggu jugak.
Sebelum ni korang cakap bahagia dengan pasangan masing2. Aku tumpang bahagia. Kalau korang tak bahagia pun aku tetap bahagia. Hahaha… madam!
Aku putus dengan yang latest ni sebab aku rasa xde makna. Hampir sebulan berlalu, macam sama je dia masih dengan aku @ xde dengan aku. Yang beza cuma 1… sekarang aku tak perlu nak jaga hati siapa2 pun.
Tiba2 korang pulak datang bercerita yang korang x bahagia. Macam2 keburukan pasangan korang. Aik… aku ni bukak pintu hati korang untuk putus ka?
Jangan pulak korang menyesal dengan keputusan korang nanti. Aku takde kaitan dengan masalah korang. Aku takde kaitan dengan kenapa korang harus putus. Aku taknak aku dipersalahkan pasangan korang nanti.