Cinta pertama?

Beberapa hari ni aku asik teringatkan dia. Walau ramai yang cuba untuk membuat aku lupakan dia, tapi semuanya gagal. Dia hilang seketika… kemudian datang kembali. Aku cuba tanam kebencian terhadap dia. Tapi perasaan sayang melebihi segalanya. Walaupun hati luka parah kerananya.
Bergayut dengan kawan… baru aku tahu,kekasih pertama tak semestinya cinta pertama. Hahaha… lucu la pulak. Dia bukan kekasih pertama. Tapi dia yang paling aku rindu sampai sekarang. Insan yang boleh berbicara dari hati ke hati. (Ye ke?) aku x pernah berahsia apa2 dari dia. Errr… ada sekali sebenarnya. Tapi kantoi.hahaha…
Aku terfikir… adakah dia cinta pertama aku? Sehinggakan aku jadi begini. Biasanya aku akan sembuh sendiri selepas terluka. Tapi dengan dia… aku terpaksa biasakan diri dengan kelukaan ini.

Denial

image

Walaupun kau menafikannya, manusia tetap akan menilai berdasarkan pemikiran dan pemerhatian mereka. Begitu juga aku.
Apa kau yakin orang lain salah faham dengan keakraban itu? Aku kenal kau lebih dari orang lain. Tapi aku x kenal kau sepenuhnya.
Siapakah yang lebih negatif? Orang lain yang berfikiran seperti aku? Atau orang yang selalu menyembunyikan sesuatu, seperti kau?
Kisah kau… ingin aku tamatkan. Tapi aku tak mampu. Kisah aku sentiasa tamat dibayangi oleh kau. Mampukah aku meloloskan diri? Atau kau akan sentiasa ada untuk selama2nya?

Living in Yesterday

Hari ni aku ternampak kapel dia tag dia dalam facebook. Nampaknya kapel dia brpindah tempat kerja. Mengikut dia. Aku sedikit kecewa. Kenapa? Aku cemburukan kesungguhan kapel dia untuk terus berdekatan dengan dia. Sesuatu yang aku tak mampu lakukan. Demi untuk dia atau demi untuk sesiapa pun.
Walaupun dia selalu mengadu pada aku bahawa dia x bahagia dengan kapelnya… tapi benarkah? Beberapa bulan diorang berjauhan, tapi hubungan diorang masih boleh bertahan. X seperti aku yang x mampu untuk berbuat apa2.
Sedih… memang sedih.

Last Date

image

Ini bukti last date kami berdua. Underworld. Cerita favourite kami. 23 January 2012.
Aku sebenarnya sangat gembira berjumpa dengan dia. Tapi aku terkilan. Dia seolah2  takut2 berjumpa dengan aku. Tersentuh kulit sedikit pun dah rasa serba salah. Sedangkan bila keluar ramai2 boleh pulak bertepuk tampar dengan orang lain. Pelik… memang pelik.
Tengah malam… dia mesej aku dan bagitau yang dia terkejut dan tak dapat tidur oleh bunga api dan mercun. Kebetulan time cuti CNY. Aku rasa sangat gembira sebab dia mesej aku. Aku tanya, ‘bolehkah kita berdua jumpa lagi esok? ‘ Dia jawab,’tengoklah.’ Sebab dia hendak menghantar kawannya ke airport. Kawannya yang menyebabkan hubungan kami berdua retak. Kalau sempat, bolehlah jumpa.
Keesokan harinya… hati aku terbagi 2. Antara berharap agar dapat bertemu lagi dengannya dan tidak. Kenapa tidak? Sebab aku terkilan dengan sikapnya pada hari sebelum itu. Dan lebih mengecewakan, dia langsung terlupa akan birthday aku.
4 tahun bersama dan 2 tahun berjauhan, dia x ingat birthday aku? Sangat mengecewakan. Mungkin pemikiran aku ni x matang. Tapi sampai sekarang aku masih ingat birthday dia dan yang lain. Insan2 yang sangat istimewa dalam hati aku.
X pernah aku lupa birthday dia. Berapa tahun berlalu, aku wish dia happy birthday setiap tahun… biarpun dia x reply. Eh… sekali aku x wish dia happy birthday, dia bertanya kepada aku, xnak wish ke? Hmm… sedangkan birthday aku dia x pernah ingat. Dia nak aku ingat birthday dia?
Sengaja aku wish lambat2. Tapi aku x pernah lagi x wish. Supaya dia faham bagaimana rasa dilupakan (Oleh insan yang sangat menyayangi).