Physiotherapist

skeleton_PNG5535tahun 2014, aku mengalami sakit pinggang yang teruk. nak bangun dari pembaringan, bangun dari duduk… aduhai sakitnya. rasa nak menangis. bila bangun dari tidur, aku rasa aku terpaksa ambil masa kira2 5 minit untuk bangun. aku taknak menyusahkan family aku. tak tau la kenapa.

aku pergi hospital, mereka cadangkan aku pergi jumpa jurucarakerja. itu kot nama jawatannya…. mereka anggap mungkin aku tersalah cara bangun yang menyebabkan sakit pinggang. entah la… selama ni ok pun. aku diletakkan di bawah pengawasan seorang fisioterapis yang agak cute. hehe.. semangat aku nak jumpa dia selalu. lagipun dia ni memang peramah. jadi, x mungkin la xda orang minat kat dia.

merujuk kepada kad aku…nampaknya 3 kali saja aku jumpa dia sebagai patient. x lama la aku jumpa dia. tapi ada beberapa kali aku terserempak dengan dia kat luar. bila terserempak, dia pasti akan tegur aku. aku lak biasa la, malu2 kucing.hahaha…

lama dah aku tak jumpa dia. setahun lebih. tiba2 hari jumaat lepas aku terserempak dengan dia lagi. nampaknya dia masih ingat kat aku. tapi dia dah tak panggil nama aku. agaknya dia dah lupa nama aku… aku cuma senyum je. main2 mata dengan dia. ;p ingatkan tu last aku jumpa dia.

tengok2, keesokan harinya kami terserempak lagi di pasaraya. aku berdiri di belakang dia. tengok barang je. bukan sengaja nak berdiri belakang dia. tiba2 dia menoleh. kami cuma tersenyum dan ketawa. aku masih segan nak tegur dia. tengok dari gayanya, dia masih cuba untuk mengingat nama aku. kalau lain kali aku terserempak dengan dia, aku akan tegur dia.