Suatu Pernah -Fynn Jamal

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Tiap kali aku dengar lagu ni, hanya seorang saja yang aku ingat. entah kenapa… lirik lagunya sangat kena dengan apa yang aku rasa. betapa pemergiannya memberi kesan yang terlalu dalam terhadap diri ini. betapa hancur leburnya hati aku… betapa berkecai sepai perasaan ini, aku takkan pujuk… takkan minta dia fikir lagi… takkan paksa dia renung semula…aku takkan suruh dia apa2. kaca yang pecah kalau cuba dicantum semula boleh mencederakan kita.

Looking Foward for Being Single

images

macam ni la situasi aku sekarang. aku tak tau pun apa status aku. dan aku malas nak tanya. sebab kalau aku tanya, maksudnya aku yang mintak putus. hahaha… punya la tinggi ego aku.

sebenarnya aku dah penat dengar alasan ‘BUSY’… bila tanya kenapa takde respond, ‘BUSY’… bila dah tak busy, takde pun nak kol balik. konon taknak ganggu orang tido. selama ni boleh je kol tengah2 malam.

tapi… dalam busy2 tu, ada masa nak chat dengan orang lain. tempat mengadu dan sebagainya. mungkin time tidur diorang sama kot. aku ni time tidur tak sama dengan time tidur anak2 zaman sekarang.

dan bila aku busy, aku harus ketepikan segala kerja aku semata2 untuk melayan angin nak bermanja dia. ini yang paling aku tak gemar. baru tadi aku terbaca, JANGAN BIARKAN KITA YANG MENENTUKAN KEGEMBIRAAN PASANGAN KITA. maksudnya, kalau boleh, kalau dia nak gembira, biar dia gembira… tak kira kita ada atau xda.jangan disebabkan kita xda, dia tak boleh gembira.

Cinta dan Benci (Sambungan Stop The Blame Game)

masa aku mula2 kenal dia dulu, aku memang nampak dia ni jenis mudah stress. balik keje je, muka bekerut. ujung minggu pun bekerut bila dengan kawan2. cuma kadang2 je dia nampak ok sikit.

bila mesej dengan aku dia selalu mengadu yang dia tak boleh tidur. semua orang hanya baik dengan dia untuk kepentingan diri diorang je. kadang2 time pukul 2,3 pagi pun dia akan mesej aku. kalau aku terjaga, memang aku reply la. kalau tak, sampai ke subuh la dia takkan tidur.

kemudian dia bermalam kat tempat aku. aku bermalam kat tempat dia. mungkin dia rasa lebih tenang masa tu. bila tidur, jarang dia terjaga tengah malam. mesej masuk pun keesokkan paginya baru dia baca. pada ketika ktulah aku lihat dia dapat mengatasi stress dia dengan baik.

balik dari kerja, takde dah dia bawa bersama masalah kerja balik ke rumah. maklumlah ada orang tersayang tengah tunggu. tak tau la kalau dia sembunyikan masalah dia dari aku. tapi macam takde. apa2 masalah biasanya dia akan share dengan aku.

bila dia balik ke tempat asalnya, untuk beberapa bulan dia masih menghubungi aku hari2. sehinggalah dia berkenalan dengan seseorang yang menyebabkan hubungan kami menjadi renggang.

pada mulanya dia kata cuma kawan biasa. kemudian dia katakan bahawa budak tu suka kat dia, tapi dia just anggap kawan. kemudian lagi… dia samakan aku dengan budak tu. memang kita tak suka dibandingkan dengan orang lain. tapi hakikatnya, aku pun tak suka disamakan dengan orang lain. aku adalah aku. yang cuma membezakan aku dan budak tu adalah, budak tu panas baran.

korang suka tak kalau kapel korang puji orang lain sama seperti korang? tau2 sendiri la.

mulai dari tu la hubungan kami menjadi semakin renggang. dah la jauh, dia asik puji orang lain je. mesej, kol aku dia dah jarang nak layan. mungkin sebab aku terlalu cemburu. terlalu ke? entah la…. tapi aku akui aku cemburu.

aku cemburu dan rasa disisihkan. dia suruh aku cari kawan kat sini. memang aku ada kawan. tapi aku nak perhatian dari kapel aku! perangai2 dia yang menyakiti aku, perangai2 aku yang menyakiti dia… akhirnya menyebabkan aku membawa diri dari hidup dia. mungkin aku masih meratapi kehilangan dia. tapi aku tak mungkin akan kembali.

 

 

Stop The Blame Game

You wonder how it become your responsibility to keep track of everyone’s birthday

Aku bosan. jadi aku mesej la #3. saja. aku tau mesti dia tengah duty banjir. dia cakap dia stress. banyak kerja. dah fedup. nak quit. aku tru la nak nasihat dia, suruh dia bersabar. abis je smua ni, suruh dia mintak cuti.

tapi tiba2 dia marah aku. dia cakap aku tak pernah nak faham dia. kalau aku faham, takdenye kami akan putus. apa yang aku tak faham? ye la…aku ni kan tak keje…mana nak faham orang keje….kan! panas ati aku bila dia cakap macam tu. malas aku nak gaduh, aku jawab ‘yela…aku akan try nak faham.’

dia lak jawab, ‘dah terlambat. kita takkan jadi macam dulu.’aik….bila masa aku nak kita jadi macam dulu? perasan tol la.

ye… memang dia yang paling aku sayang. tapi biasa la… orang yang paling kita sayang ni la yang paling menyakitkan kita. aku tak sanggup nak disakiti lagi. jadi untuk apa aku nak balik macam dulu. kisah  aku dan dia hanyalah sejarah. kenangan terindah. apa yang menyebabkan kami putus, bukan sekadar aku tak faham dia… tapi perangai dia sendiri yang tak pernah menghargai diri aku.

apa guna hanya aku saja yang harus faham dia tapi dia tak pernah nak faham aku? apa aku ni sekadar objek nak memudahkan kehidupan dia? aku takde kehidupan sendiri?

aku dah penat dah dengan perangai dia yang tak pernah nak sedar yang aku peduli kat dia. PENAT! aku berazam taknak peduli dia lagi. TITIK!!

 

 

 

Putus

Bagaimana hubungan kami boleh putus? lepas LI, kami bertemu kembali. 1 sem semuanya masih ok. masih buat kerja gila2 bersama dengan dia. sem seterusnya dia dah habis belajar dan aku masih tinggal 1 sem je lagi. so, dia sanggup bekerja di koperasi disitu untuk terus bersama aku.

semasa bekerja situ, sudah tentu dia berkenalan dengan ramai orang. sangat ramai. dan beberapa orang minat kat dia. tapi dia masih ok. cuma dia mula berubah bila berkenalan dengan sorang ni. abis je kerja, dia akan keluar dengan budak tu. tengah malam baru balik.betapa sakitnya hati aku masa tu. risau pun ada. tapi dia tak peduli pun perasaan aku.

hubungan kami semakin renggang. habis belajar, dia seolah2 mengelak dari aku. memang la pada awalnya aku tak dapat terima. asik nak marah2 je. lama2 aku cuba terima. sakitnya… memang sakit.hahaha….

takde gunanya nak berharap pada dia lagi. tapi bila aku mulai rapat dengan #3, dia mula mengganggu aku lagi. sehinggakan #3 terpaksa menipu #1 bahawa dia adalah kapel baru aku. barulah #1 berhenti mengganggu.

4MINUTE – HATE

Saja layan lagu ni. sebenarnya aku xde perasaan benci dah kat sape2 pn. aku dah penat benci orang. aku cuma malas nak peduli dah. tapi baca lirik ni, wujud kembali perasaan tu. x elok betul lagu ni. saja nak membangkitkan rasa benci.hahaha…

 

tumblr_static_tumblr_static_59xn259e2ggswckcs4gcogw48_640

Your eyes tell me
Liar liar liar don’t deceive me any longer
I don’t want to know anymore
No more no no no it’s all over

Go go I guess this is it
Get out get out turn around and leave
At the end of this love
Hate is all that’s left

I see the end of our endless love
Don’t drag it out with awkward excuses
Too late it’s already over

Go go go rather than doing this
Done done done rather than getting tired of fighting
Go go go I can’t take it anymore
Just leave me be leave me be

I hate you
Hey no no
I don’t need you
Hey no no

I hate you
Hate hate I hate you
Hate hate I hate you
I don’t need you
Hate hate I hate you
Hate hate I hate you

In the answer without an answer, we desperately write an answer
Instead of being blinded by love, we wear colored lenses
Rather than being this way
It would have been better to just break up
If I’m lonely when I’m with you
I’d rather be lonely alone

I don’t wanna know
Your same excuses every day
I don’t wanna do
Endless fights every day
It’s meaningless I’m sick of it

Now we don’t have an answer anymore
Now I hate this hate you
Now I’ve come to hate you

I hate you
Hey no no
I don’t need you
Hey no no

I hate you

Hate hate I hate you
Hate hate I hate you
I don’t need you
Hate hate I hate you
Hate hate I hate you

Go go get out get out
Go go get out get out

We two were crazy in love
I was dragged around like an idiot as if I were crazy
How could you, you were convincing

I hate you
Hey no no
I don’t need you
Hey no no

I hate you
Hate hate I hate you
Hate hate I hate you
I don’t need you
Hate hate I hate you
Hate hate I hate you

satu orang

nampaknya aku dah sampai ke tahap ini lagi. dimana aku langsung x peduli kepada sesiapa… bergerak sendiri, tanpa memperdulikan perasaan orang lain. sama ada mereka suka atau benci dengan kelakuan aku.

aku x mahu mengingat segala kenangan lama. biarkan mereka menunggu di tepi jalan. apa yang aku mahu, fokus kepada diri aku, fokus kepada family aku. itu saja. segala gosip liar, aku langsung taknak peduli.

 

71b76f75793b4782d6e2e7fbd3e82a53

Reminisce

31 Julai 2011

dia msg n bertanya, adakah aku masih single. Ini bukan kali pertama dia bertanyakan soalan itu. Dia pernah tanyakan soalan yang sama ketika adik aku balik bercuti dulu. Dua kali dia tanyakan soalan yang sama semalam.entah apa yang penting sangat untuk dia tahu semua ini. Bila aku katakan aku masih single, dia suruh aku kapel dengan dia je. Huh…aku tak tahu sama ada dia serius atau tidak.
Sekiranya dia serius pun, bukan semudah itu untuk aku terima dia kembali. Selama ini aku memang merasakan dia akan kembali.tapi aku tak tahu sama ada itu gerak hati aku ataupun harapan aku. Apapun, aku tak menyangka ia akan secepat ini. Maaf… Buat masa ini, meskipun aku masih menyayangi dia, aku turut membenci dia. Segala kata2nya sebelum ini memang sangat menyakikan. Tidak mungkin begitu mudah untuk aku melupakan segalanya.
Aku masih tak tahu apa yang aku inginkan. Adakah aku memerlukan kasih sayang dari dia? Adakah aku masih menyayangi dia. Adakah aku menyintai dia? Pernahkah aku mencintai dia???
Dahulu aku inginkan seseorang yang benar2 mencintai diri aku. Aku pernah berjanji akan cuba mencintai orang tersebut sepenuh hati aku. Kebetulan, dalam masa yang sama dia meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya… Aku ingatkan mungkin permintaan aku telah ditunaikan. Aku cuba untuk mencintai dia. Tapi hatiku berbelah bagi. Aku betul2 tak tahu sama ada tindakan aku betul atau tidak. Aku merasakan diri aku terlalu terburu2 untuk menerima dia. Hanya kerana aku tak ingin perasaannya terhadapku hilang.
Kini..aku inginkan orang yang mencintai aku…. Dan dalam masa yang sama, aku juga mencintai dia. Aku berharap hubungan ini akan kekal lama. Tiba2, setelah sekian lama berdiam diri, dia kembali hadir dalam hidupku. Adakah ini kebetulan? Adakah aku sudah mencintai dia? Apa yang aku takutkan, aku tersilap langkah lagi. Mungkin bukan dia orang yang aku harapkan. Mungkin orang lain.
3 Ogos 2011

Malam tadi aku sms dengan kawan aku. Dia kata tahu aku lebih sayang siapa sebenarnya. Entah la. Aku masih ragu2. Tak kesah la siapa yang aku lebih sayang. Mereka berdua bukan dalam kawalan ku lagi. Mereka ingin aku lepaskan mereka. Dan aku Cuma tunaikan permintaan mereka.
Kawan aku kata, aku terima dia dulu kerana ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan orang terdahulu. Aku salah anggap perasaan tersebut sebagai sayang atau cinta. Hahahaha… Dan paling lucu, dia mengelar aku seorang player. Bagus jugak gelaran tu. Baru sekarang aku rasakan diri aku seperti orang muda. Belum terlambat kan, untuk melalui kehidupan orang muda.
Aku player? Ingin juga aku merasa untuk jadi player sebenar. Bermain dengan perasaan orang. Kemudian meninggalkan mereka. Melukakan hati mereka. Tanpa melukakan hati sendiri. Tapi mampukah aku berbuat demikian? Hati aku terlalu sensitive bila dikaitkan dengan perasaan. Sebab itu bila aku menyayangi seseorang, aku akan menjaga dia seperti menatang minyak yang penuh. Sebab itulah dia tidak dapat hidup berdikari apabila berjauhan dari aku. Maaf…
6 Ogos 2011

Seperti hari-hari sebelumnya, aku rasa kesunyian. Aku rasa kehilangan sesuatu. Apakah benda itu? Aku pun tak tahu. Apakah? Atau siapakah? Aku inginkan sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa ini. Adakah sesiapa yang mampu megngisi kekosongan ini? Sedangkan diri aku tak ingin membuka pintu hati ini untuk sesiapa. Sakit sungguh rasanya kehilangan cinta. Aku masih belum dapat menerima sesiapapun dalam hidup aku. Atau adakah aku perlukan sesuatu dalam hidup aku? Sesuatu seperti petunjuk yang aku dapat dari mimpi selama beberapa tahun selama ini? Adakah itu yang aku perlukan sebenarnya? Aku tak tahu. Aku belum sedia. Entah bila akan berlaku. Adakah akan berlaku?

290811…

Congratulation… you have successfully made me hate love. Every time I read about sweet words between lovers, they make me sick. Huh! Sorry for friends who are crazy in love right now. Please do not request any advice about love from me. I really hate it. Sorry for being such a hypocrite before. I could not stand it anymore. Yeah… I got sweet memories for love… Lot of sweet memories… but almost all of them ended with betrayal. I really regret for accepting your love. I can forgive you, but I will not forget what you have done to me.

080911…

harinya pasti akan tiba. Pada ketika itu saya akan menjawab… maaf saya tak dapat terima awak. Sebab saya menghormati prinsip awak. Awak kata, betapa teruk pun awak menanggung dugaan perasaan, awak takkan kembali kepada ex awak. Saya tak mahu awak melanggar prinsip awak sendiri. Saya sayang awak, dan saya tak mahu awak jadi orang tak berpendirian. Awak ingat lagi tak, awak pernah kata awak tak tahu macam mana ex2 saya boleh kapel ngan saya untuk beberapa tahun. Sedangkan saya seolah-olah tak pernah bercinta. Ayat awak tu sangat mengguris perasaan saya. Saya nak tanya awak balik… Awak kan hebat sangat dalam bercinta. Tapi pelik la kenapa awak tak dapat kekal lama dengan kapel2 awak. Adakah mereka tu tak pandai bercinta jugak, macam saya? Ya…memang saya lain dari kapel-kapel awak sebelum ni. Kapel awak yang lain semuanya cepat.asal tau je awak kosong, laju je masuk line. Eh… belum sempat kosong dah masuk line. Saya lak, slow je… Ntah macam mana la orang boleh jatuh cinta kat saya? Kesian pulak saya kat orang2 yang pernah jatuh cinta kat saya. Awak jangan risau… Awak sendiri cakap kita memang takde jodoh. Buktinya, awak pun pernah bagitahu. Dan saya pun dapat lihat sendiri. Setiap kali kita merancang sesuatu, pasti akan ada hal terjadi yang menyababkan rancangan kita berdua terbatal atau ter’delay. Dan seterusnya menyebabkan kita hilang mood.

140911…

hari yang sangat membosankan. Nak online pun tak dapat. Apa yang saya dapat lakukan cumalah mengenang kembali kata-kata awak dulu. Masa mula2 kapel dulu awak kata awak harap tak ada siapa dapat menyentuh awak melainkan saya. Bagi saya benda yang awak katakan ni adalah satu janji. Tapi, hal inilah yang menjadi punca utama kenapa kita berpisah. Awak biarkan orang sentuh awak. Dan yang paling menyakitkan hati…awak yang menyerahkan diri awak kepadanya. Saya benci awak! Saya tak dapat lupakan apa yang awak lakukan terhadap saya. Dan baru-baru ini kita berjumpa. Awak ceritakan masalah awak ngan kapel awak kat saya. Awak kata awak berdua selalu bergaduh. Alasannya, sebab dia terlalu cemburu. Awak keluar dengan besfren awak pun dia jeles… hehehe… Rilek la. Kalau dibandingkan masalah awak ngan kapel awak… masalah saya besar lagi. Kapel saya pergi abiskan masa ngan ex aka skandal dia malam birthday dia… alasan… Sebab dia tak dapat cari cinta dalam diri saya. Hahaha… lucu kan…
15 Oktober 2011…
Setahun yang lepas, aku terima cinta dia. Walaupun aku tidak pasti adakah keputusan yang aku buat ni betul atau salah. Ketika itu aku Cuma fikirkan dua perkara saja. 1… aku harus lepaskan e dan teruskan hidup aku. 2… cuba terima cinta dia. Kerana lebih baik kita mencuba untuk mencintai orang yang mencintai kita daripada mengalah sebelum mencuba. Dan kini aku sudah mendapat result dari eksperimen aku. Haha… aku tak tau apakah resultnya. Yang aku tau, adalah langkah bodoh untuk menerima orang yang tidak kita cintai untuk mengisi kekosongan. Sehingga ke hari ini dia masih menghantui hidup aku. walaupun sudah 7 bulan berpisah…aku masih tak tahu apakah perasaan aku terhadapnya. Dia tutup pintu hatiku… namun dia masih memegang kunci hati aku. aku tak mencintai dia… tapi aku masih tak mampu mencintai sesiapapun… aku benci keadaan ini.

Physiotherapist

skeleton_PNG5535tahun 2014, aku mengalami sakit pinggang yang teruk. nak bangun dari pembaringan, bangun dari duduk… aduhai sakitnya. rasa nak menangis. bila bangun dari tidur, aku rasa aku terpaksa ambil masa kira2 5 minit untuk bangun. aku taknak menyusahkan family aku. tak tau la kenapa.

aku pergi hospital, mereka cadangkan aku pergi jumpa jurucarakerja. itu kot nama jawatannya…. mereka anggap mungkin aku tersalah cara bangun yang menyebabkan sakit pinggang. entah la… selama ni ok pun. aku diletakkan di bawah pengawasan seorang fisioterapis yang agak cute. hehe.. semangat aku nak jumpa dia selalu. lagipun dia ni memang peramah. jadi, x mungkin la xda orang minat kat dia.

merujuk kepada kad aku…nampaknya 3 kali saja aku jumpa dia sebagai patient. x lama la aku jumpa dia. tapi ada beberapa kali aku terserempak dengan dia kat luar. bila terserempak, dia pasti akan tegur aku. aku lak biasa la, malu2 kucing.hahaha…

lama dah aku tak jumpa dia. setahun lebih. tiba2 hari jumaat lepas aku terserempak dengan dia lagi. nampaknya dia masih ingat kat aku. tapi dia dah tak panggil nama aku. agaknya dia dah lupa nama aku… aku cuma senyum je. main2 mata dengan dia. ;p ingatkan tu last aku jumpa dia.

tengok2, keesokan harinya kami terserempak lagi di pasaraya. aku berdiri di belakang dia. tengok barang je. bukan sengaja nak berdiri belakang dia. tiba2 dia menoleh. kami cuma tersenyum dan ketawa. aku masih segan nak tegur dia. tengok dari gayanya, dia masih cuba untuk mengingat nama aku. kalau lain kali aku terserempak dengan dia, aku akan tegur dia.