Mimpi seterusnya

Tadi aku mimpikan #3 lagi. Dia datang untuk meluangkan masa dengan aku.kami bersama2 kemana saja. Sehinggakan satu masa, aku sedang meniarap, tiba2 dia seperti meletakkan sesuatu di kepala aku. Dia gerak2kan kepala aku. Tapi aku ikut saja.
Selesai melakukannya, dia call kapelnya. #3 bagitau kapelnya bahawa dia sebenarnya bersama dengan aku. Bersama dengan aku untuk merawat aku. Apa yang dia lakukan tadi sebenarnya adalah bekam kepala.
Hmmm…. agaknya apa yang terjadi kepada kepala aku ya?

Advertisements

Mimpi orang lain

Berberapa minggu yang lepas, aku mimpikan seseorang. Wajahnya mungkin biasa2 saja. Xda yang menarik perhatian aku. Cuma yang menarik ialah sifat dia yang x perlu bergantung kepada sesiapa. Boleh berdikari. Sehinggakan aku tertarik dan bertanya siapa namanya. Dia bagitau aku namanya. Mungkin aku akan dapat cari di luar alam mimpi ni.
Malam tadi aku bermimpi tentang seseorang lagi. Orang yang dihormati ramai. Entah siapa… tapi orang lain sangat menghormati dia. Tapi disebalik itu, dia seolah2 menyimpan 1 kesedihan. Dia datang kepada aku. Lalu mencium aku.

Mimpi lagi

Masuk tahun baru, dan awal2 lagi aku dah mimpikan dia. Nampaknya dia selalu sangat menjenguk aku dalam mimpi. Entah benar entah tidak, orang cakap kalau kita mimpikan seseorang maksudnya dia rindukan kita.
Aku selalu rindukan dia, adakah dia selalu mimpikan aku juga? Mungkin jugak aku selalu rindukan dia menyebabkan dia masuk dalam mimpi aku. Walaupun kadang2 aku x ingat pasal dia seharian sebelumnya. Memang dia ni taknak tinggalkan hidup aku aman.
Aku mimpi dia datang mencari aku. Dia katakan dia mahu kembali kepada aku. Dalam mimpi tu aku cuma terpinga2. X tahu apa yang patut aku jawab. Sekiranya realiti pun, aku tetap xkan tahu nak bagi jawapan apa kat dia. Dia bagitau aku yang dia xnak lagi hidup bersama pasangannya.
Kemudian apa jadi dengan mimpi tu? Entah la. Aku pun xtau 😂😂😂 sebab mimpi tu bertukar watak jadi orang lain. Aku lak cuma jadi pemerhati.
Barangkali ada sambungan lagi mimpi ni lagi. Sebab selama ni pun mimpi aku pasal dia sentiasa bersambung.