Harapan @ gerak hati?

Minggu lepas aku sangat merindui dia. Betapa patahnya hati aku bila teringat bahawa dia bukan milik aku lagi.
Masih bermain2 di ingatan aku jalan dan laluan yang pernah kami lewati bersama. Bagaimana kami berdua menjadi food hunter, dengan mencuba makan di kedai2.
Hari ini aku sudah tenang. Aku optimis bahawa dia tetap akan jadi milik aku. Dia akan kembali ke dalam dakapan aku.
Tiada lagi amarah dan dendam aku pada dia. Yang ada cuma kerinduan.

Hilang ingatan

Perasaan aku terhadap dia langsung x hilang. Aku patah hati setiap kali melihat post kapel dia. Walaupun bukan dia yang post. Hendak aku remove kapel dia dari friend list? Nampak sangat aku masih sayangkan dia. Hmmm… suka benar nak siksa diri sendiri, kan.
Mungkin benar dia rindukan aku. Tapi dah lama aku x bagitau dia yang aku rindukan dia. Bertahun lamanya. Ego… bila rasa x dihargai, apa erti hendak meluahkan kepadanya?
Aku x tahu sama ada dia x bahagia atau pura2 bahagia. Tapi bukan cara aku untuk merampas kekasih orang. Entah kenapa kekasih2 aku selama ni asik dirampas orang.
Siksa rasanya menanggung rindu ni. Kadang2 aku berharap agar aku hilang ingatan. Supaya aku boleh lupakan dia. Seolah2 dalam cerita tv, bila hilang ingatan, x ingat pun pada insan yang paling dicintau. Sedangkan pada orang lain ingat pula. Hmmm…
Sakit lagi kepala aku ni