Tinggalkan aku-anuar zain

Katamu cinta telah tiada
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa
Habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya

Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah di jiwa
Dia lafaz asmara

Bisikan kata-kata akhirmu itu menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali padaku

(korus)
Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini

Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku
Tanpamu ku temukan sinarNya

Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang kembali padaku lagi

Pergi sudah tinggalkan aku
Tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini

Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya
Tanpamu ku temukan sinarnya

Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku

Oooooo…Tak ingin kau ada

Kerana tanpamu ku temukan sinarNya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-tinggalkan-aku-anuar-zain.html#ixzz2Qa2SezFO

Image

KATA-KATA AKHIR MU ITU MENGGURIS HATIKU

dia kata dia makin bencikan aku. jadi, apa gunanya untuk aku menghubungi dia lagi? better aku diamkan diri je. tapi baru2 ni dia sms aku lagi. sekadar bertanya khabar. xkan la aku x balas sms dia,kan…tapi dia macam nak marah pulak. sedangkan bertanya khabar je. entah la apa yang dia nak sebenarnya. aku dah tak kenal dia, macam dulu2 lagi. disebabkan sms dia tu, menyebabkan aku badmood beberapa hari.hahaha…pelik kan.

Pergi sudah tinggalkan aku
Tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini

Advertisements

my first crush

Aku cuma boleh katakan ni la cinta monyet aku…

  Image

kisah berlaku semasa aku F4 (agaknya…). aku tak tahu apa yang menarik tentang dia. mungkin senyumannya? ataupun matanya? aku tak ingat.

tapi, first time aku ternampak dia di tempat kerjanya, aku terus tertarik. hampir setiap hari aku pergi ke supermarket semata-mata untuk melihat dia. alasan aku untuk pergi ke situ adalah untuk membeli gula-gula nicolet perisa blackcurrant, memang gula-gula favourite aku time tu.

setiap kali aku datang ke situ, dia sentiasa kelihatan ceria. mungkin ternampak aku la kot. haha… perasannya…. tapi, apabila aku memandang dari jauh, biasanya dia nampak sedih atau suram. sehinggalah dia ternampak aku, barulah terukir senyuman di bibirnya.

aku tak berani untuk menegurnya. aku cuma mengetahui namanya joni melalui resit barang yang aku beli. kami cuma berbalas-balas senyuman sepanjang perkenalan kami. aku sangat gembira apabila melihat dia gembira.

ketika berada di F5, aku semakin busy dengan aktiviti sekolah dan persediaan untuk SPM. aku semakin jarang menjenguk dia. apabila aku pergi ke situ, aku perhatikan dia dari jauh. wajahnya kelihatan sedih je. kadang-kadang aku terserempak dengan dia yang berwajah muram. dan tidak lama kemudian dia akan kembali ceria.

SPM semakin hampir dan aku tak mahu gagal math dan add math. sekiranya adik beradik aku pergi ke supermarket tersebut, aku akan minta diorang belikan aku gula-gula nicolet, sebagai pengubat rindu terhadapnya. pernah sekali, stok gula-gula nicolet langsung tiada di supermarket tersebut… aku menjadi demam. haha… addicted dah kot. puas adikku mencari, akhirnya stok tiba jua. mendapat saja gula-gula tersebut, terus aku menjadi sehat.

ketika SPM atau selepas tamat SPM, aku pun tak pasti… kali terakhir aku menemuinya. aku ingin dia tahu yang aku sukakan dia. aku lipatkan duit RM10 menjadi bentuk hati. aku capai gula-gula nicolet dan terus menuju ke kaunternya. aku menghulurkan duit tersebut kepadanya. alangkah cerianya wajah dia ketika itu. dia cuba untuk membuka lipatan tersebut, namun tak jadi. ditunjuknya kepada kawan-kawannya. disebabkan dia masih bertugas, duit tersebut disimpannya di bawah sekali. aku berharap dia menyimpan duit tersebut sehingga ke hari ini.

kali terakhir aku ternampak dia adalah ketika dia melintas di hadapan rumah aku. dia ternampak aku, namun wajahnya sedih sahaja. aku tidak faham apakah makusd kesedihan di wajahnya sehinggalah aku pergi ke supermarket tersebut. dia langsung tidak kelihatan, walaupun beberapa kali aku pergi ke situ. rupa-rupanya dia telah berhenti kerja, tapi aku tidak tahu kemana dia telah pergi. ada masanya aku rindukan senyumannya itu.

baru-baru ini aku telah pergi ke supermarket tersebut, selepas hampir 15 tahun berlalu. aku masih dapat merasakan perasaan aku pada ketika itu. aku masih tercari-cari sekiranya dia juga kembali ke situ.

Introduction

Image

blog ni adalah untuk aku menyimpan segala kenangan terkumpul bersama dengan orang yang disayangi, orang yang pernah disayangi orang menyayangi, dan orang yang pernah menyayangi. dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup ini. tanpa diorang ketahui…ini adalah apa yang aku rasai, tanpa mengetahui apakah yang sebenarnya diorang rasa.