Mimpi ss (su)

Malam tadi aku mimpi su. Entah kenapa mimpi dia.sedangkan otak aku asik pikir pasal exam. Tapi mimpi pasal run.
Mimpi aku simple je.kami 2 join run. Dah run, kami 2 duduk sebelah menyebelah. Tiba2 muka dia begitu dekat dengan muka aku. Aku bisik kat dia, ‘jangan dekat sangat, nanti saya kiss awak. Baru tau…’
Tapi dia buat2 x dengar je. Dan aku pun kiss pipi dia. Tu je…

Advertisements

Giliran Aku Lari

Aku pasrah. Aku xnak harap apa2 dari dia. Tapi aku tetap segan terhadapnya. Jadi aku mahu kurangkan keterserempakan aku dengan dia. Tapi jiwa aku ni gatal jugak. Nak jugak lalu depan dia bila keluar.

Entah la…aku x ingat kenapa aku keluar hari tu. Tapi aku keluar sekejap je.sangat sekejap…macam keluar, buat 1 pusingan dan balik. Segan pulak aku nak lalu depan dia.

Jadi aku bercadangan untuk masuk ikut jalan tepi. Supaya aku boleh lari dari dia. Tapi entah macam mana… terserempak dengan dia depan pintu lif tepi. Kebetulan atau memang dirancang? Cuma dia yang tahu.

Sebab aku dari luar. Aku x nampak apa2 dalam bangunan. Tapi dia dari dalam boleh lihat luar dengan jelas. Sebab dinding bangunan ni macam cermin dalam bilik soal siasat. Itu yang selalu ditunjuk dalam tv.

 

Lari

image

Kenapa x lari je, macam biasa? Kenapa nak tunggu kat dalam? saja nak buat aku naik gila? 3 hari x nampak, aku rasa lebih tenang. Khamis & Isnin, petang, jadi aku x menggila sangat. Sebab masa yang pendek.

Dup Dap

Entah gila apa yang datang dalam diri aku. Disebabkan aku benci orang buat x peduli kat aku, aku buat perkara bodoh.
Aku suka kat dia. Tapi dia x layan aku. So, aku bagitau la yang aku suka kat dia. Terus dia senyap. Bila terserempak pun, dia buat tak nampak. Betapa siksanya jiwa dan raga aku. Sehinggakan aku rasa macam nak gila bila dia buat macam tu kat aku. Bila nampak je dia, jiwa aku jadi tak menentu. Bila x nampak seharian, seharian la jiwa aku aman.
Kawan aku kata, mungkin aku sekadar minat je kat dia. Mungkin la kot… sebab aku jadi x menentu lepas nampak dia. Jadi aku try mengelak dari nampak dia. Mula2 ok la. Lama2 walaupun x nampak dia, aku tetap jadi x menentu.
Rasa nak gila. Jadi aku nekad untuk jumpa dan tegur dia. So… bila dia ada, aku gagahkan diri dan tegur dia. Bila dia menoleh… sejak aku luahkan rasa suka aku kat dia, dia jarang menoleh. Sambung balik… bila dia menoleh, aku lambai dia. Dia pun macam nak lambai aku balik.tapi sekali je. Dia senyum. Aduh… cair. Bila aku tegur, dia buat macam biasa je. Senyum macam xde pape. Macam aku x pernah luah rasa suka kat dia. Tapi aku xtau apa yang dia nampak dalam diri aku. Nervous ka aku? Panik ka aku? Yang aku tau, time aku tegur dia jantung aku berdegup laju. Kaki dan tangan aku rasa menggigil. Nasib baik suara aku tak terketar2. Tegur sekejap je pun.¬† Dan aku baru terfikir… apa respond kawan dia agaknya? Biasanya aku akan tengok respond kawan kat sebelah dia. Tapi time tu, seolah2 cuma aku dan dia je yang wujud.
Lepas tu aku blah… memang gabra gila la… lama2 aku rasa tenang. Sakit pinggang aku pun hilang sekejap. Hahaha… baru la jiwa aku tenteram lepas tegur dia. Xda dah sakit jiwa datang. Terpaksa aku rajin tegur dia, kalau xnak jadi jiwa kacau macam ni.
Bak kata kawan aku… memang tahap kronik aku obses kat budak tu. Aku xtau patut teruskan atau x untuk minat kat dia. Aku takut perasaan ni untuk sementara. Kalau perasaan ni kekal, aku xnak menakutkan dia atau menakutkan sesiapa.

Alang2

Tiba2 dia senyap. Entah kenapa. Mungkin dia dapat tahu yang aku sukakan dia. Ya… memang aku sukakan dia. Tapi apakah sayang @ cinta? Aku tak tahu.
Mungkinkah crush? Nak dikatakan crush, lebih dari 3 bulan jugak dah ni.
Macam mana perasaan aku kat dia? Aku suka tengok dia. Aku suka dengar dia bercakap. Aku suka tengok dia senyum. Tapi bila berbual dengan dia, aku rasa biasa2 saja. Aku cuba cari perasaan istimewa dalam diri aku bila dengan dia, tapi aku tak jumpa. Cuma yang ada perasaan jeles bila dia berbual dengan seseorang. Haih…. bila dengan yang lain, aku x jeles pn…
So…sebab aku x tahu apa sebab dia senyap, daripada aku tertanya2 sepanjang hidup aku… better aku buat penyebabnya sendiri. Aku buat pengakuan kat dia. Walaupun sebenarnya aku belum pasti lagi tahap kesukaan aku kat dia.

Friend

aku ada sorang kawan ni, dia suka tanya soalan pelik kat aku. dia selalu tanya, aku sayang dia x? aku rindu dia x?

errr…. sayang sebagai sorang kawan…? sebenarnya dulu aku pernah rasa aku macam suka kat dia. tapi masa tu mungkin aku pun masih keliru. lagipun masa tu hati aku masih terluka, jiwa lara dan sewaktu dengannya. dia pun sama. bagi kami berdua, dalam hati hanyalah ada rasa sakit. segala rasa suka yang timbul, aku anggap iklan semata2. pada masa tu, aku rasa siapa saja yang sanggup ajak aku kapel, mungkin aku terima. mungkin je la…

aku ni pun jenis mudah suka kat orang. sekadar suka. kadang2 amik masa berbulan2 jugak aku perhati orang yang aku suka. lama2 stop la sendiri. x semestinya suka bermakna cinta… cinta pun tak semestinya bersama.

 

Some people are happy together.

Some people are happier,
when they’re not together.

Some people are unhappy,
because they can’t be together.

And some will never be happy,
even if they are together.

Adakah???

Kes 1 :

aku ada sorg classmate…dia sgt garang dlm kelas. tp…wpun garang, dia sbnrny baik ati. aku slalu gak lepak ngan dia. ye la….ms ml2 study dl, selang 3,4 bilik je. kunjung mengunjung amalan biasa.lalala….

bl trn g kelas, kmi akn bkumpul dl. bl smua 1 klas dh smpai, br la bramai2 g klas. indahny ms tu… tp bl mkin senior, mkin jarang la mcm ni. maklum la, dh bsr kepala. ada yg mls nk g klas. ada dh kuar ngan kwn lain. ada yg suka kuar sndr.

menyimpang lak cita aku ni.hihihi…

kisahnya bdk ni… aku pn xtau nk bgtau mcm mn sbnrny. mcm aku ckp td, dia garang. klu dia mrh, 1 kelas akn tdiam. klu dia majuk… kwn2 dia akn bsusah payah nk pujuk dia.

tp dgn aku dia jrg nk mrh. klu dia mrh o majuk,xde lak aku nk pujuk dia. aku rilek2 je. dia lak yg akn tegur aku dl lps tu. dia ckp, aku bukanny tau pn nk pujuk dia. haha…

ms nk abis bljr dl, dia ajk aku sm2 cr keja ngan dia. ddk kt johor. ddk skali ngan dia. tp aku rijek. skrg ni aku msh fren dgn dia dlm fb. cm jrg sgt dh nk btegur sapa.

Kes 2 :

ni kisah budak asrama aku. sm asrama, sm school. bl kelas teras, kmi akn ada dlm klas yg sm.aku jrg ddk dgn bdk klas aku. aku lbh selesa ddk dgn bdk course lain. bdk sport n bdk forensik.

bdk yg aku nk cita ni bdk sport. aku slalu ddk sblh dia.eh….. dia yg slalu ddk sblh aku. aku jrg pndh tpt ddk. last2, kmi bkenalan. tgok2, ddk asrama yg sm. bl ada assignment bkumpulan, kmi pn 1 kump la.

kdg2 jmpa kt school. kdg2 jmpa kt library. kdg2 jmpa kt hostel je. kdg2 dia dtg blk aku. kdg2 aku dtg blk dia. kmi jd rpt. kdg2 kuar pn sm2. mkn pn sm2… dia tulis nm aku gn tulisan jawi. smpai skrg aku msh simpan nm aku tu.

lps tu, tb2 dia bg aku lilin perhiasan. sj2 je nk bg katanya. aku pn terima je. tp x lm kmudian dia tb2 mjauhkn dr dr aku. ntah apa slh aku. aku pn xtahu. shinggakn pd 1 hr dia bg surat kt aku. surat mintak maaf. ntah ada lg ka x srt tu. aku pn dh x ingt isi kandungan srt tu slain dia mntk maaf.

skrg ni dia dh bjy pn. pn dh kawin… smoga dia bhgia ūüôā

Kes 3 :

kes ni lagi pelik. dia school lain. hostel pn lain. ni gara2 roomate aku bw dia dtg bilik aku la. kt nk study sm. klu x silap aku, dia ada mslh ngan roomate dia ms tu. bl free2 je, dia akn dtg blk aku n study c2 wpun roomate aku xde. aku x kesah pn.

smpaikn pd 1 tahap, tb2 dia majuk kt aku. aikkkkk????? pehal la bdk ni? (aku mmg x pduli pn kt dia sbb aku ms tu mmg tgh gila2 angau kt #3) dia pn bgtau aku, dia majuk sbb aku x pduli kt dia. dia ckp, sbnrny dia slalu lepak c2 sbb aku.

erk…. br aku teringat… dia pn pnh tdo kt bilik aku time aku sorg je. roomate aku yg lain smuany dh cuti.

bnda dh blalu. dia pn dh bjy skrg ni. dh ada 2 kerjaya. n msh kiut.hehe…

 

 

aku pn xtahu samada ada lg x yg lain… tp yg 3 ni mmg plg jelas. biar la ni smua jd kenangan tnpa mngetahui kebenarannya.

my first crush

Aku cuma boleh katakan ni la cinta monyet aku…

  Image

kisah berlaku semasa aku F4 (agaknya…). aku tak tahu apa yang menarik tentang dia. mungkin senyumannya? ataupun matanya? aku tak ingat.

tapi, first time aku ternampak dia di tempat kerjanya, aku terus tertarik. hampir setiap hari aku pergi ke supermarket semata-mata untuk melihat dia. alasan aku untuk pergi ke situ adalah untuk membeli gula-gula nicolet perisa blackcurrant, memang gula-gula favourite aku time tu.

setiap kali aku datang ke situ, dia sentiasa kelihatan ceria. mungkin ternampak aku la kot. haha… perasannya…. tapi, apabila aku memandang dari jauh, biasanya dia nampak sedih atau suram. sehinggalah dia ternampak aku, barulah terukir senyuman di bibirnya.

aku tak berani untuk menegurnya. aku cuma mengetahui namanya joni melalui resit barang yang aku beli. kami cuma berbalas-balas senyuman sepanjang perkenalan kami. aku sangat gembira apabila melihat dia gembira.

ketika berada di F5, aku semakin busy dengan aktiviti sekolah dan persediaan untuk SPM. aku semakin jarang menjenguk dia. apabila aku pergi ke situ, aku perhatikan dia dari jauh. wajahnya kelihatan sedih je. kadang-kadang aku terserempak dengan dia yang berwajah muram. dan tidak lama kemudian dia akan kembali ceria.

SPM semakin hampir dan aku tak mahu gagal math dan add math. sekiranya adik beradik aku pergi ke supermarket tersebut, aku akan minta diorang belikan aku gula-gula nicolet, sebagai pengubat rindu terhadapnya. pernah sekali, stok gula-gula nicolet langsung tiada di supermarket tersebut… aku menjadi demam. haha… addicted dah kot. puas adikku mencari, akhirnya stok tiba jua. mendapat saja gula-gula tersebut, terus aku menjadi sehat.

ketika SPM atau selepas tamat SPM, aku pun tak pasti… kali terakhir aku menemuinya. aku ingin dia tahu yang aku sukakan dia. aku lipatkan duit RM10 menjadi bentuk hati. aku capai gula-gula nicolet dan terus menuju ke kaunternya. aku menghulurkan duit tersebut kepadanya. alangkah cerianya wajah dia ketika itu. dia cuba untuk membuka lipatan tersebut, namun tak jadi. ditunjuknya kepada kawan-kawannya. disebabkan dia masih bertugas, duit tersebut disimpannya di bawah sekali. aku berharap dia menyimpan duit tersebut sehingga ke hari ini.

kali terakhir aku ternampak dia adalah ketika dia melintas di hadapan rumah aku. dia ternampak aku, namun wajahnya sedih sahaja. aku tidak faham apakah makusd kesedihan di wajahnya sehinggalah aku pergi ke supermarket tersebut. dia langsung tidak kelihatan, walaupun beberapa kali aku pergi ke situ. rupa-rupanya dia telah berhenti kerja, tapi aku tidak tahu kemana dia telah pergi. ada masanya aku rindukan senyumannya itu.

baru-baru ini aku telah pergi ke supermarket tersebut, selepas hampir 15 tahun berlalu. aku masih dapat merasakan perasaan aku pada ketika itu. aku masih tercari-cari sekiranya dia juga kembali ke situ.