Cinta Biasa

Aku sentiasa tertanya2…apa yang dimaksudkan dengan cinta luar biasa? bukan semua cinta pun luar biasa ke? entahlah labu… agaknya ni kisah cinta biasa kot. hahaha…. kisah yang paling jarang aku ceritakan kepada sesiapapun. kisah cinta yang paling low profil. walaupun 2 tahun jugak lamanya.

Kisahnya bermula bila kawan aku ni, X berkenan kat seseorang. tapi dalam masa yang sama dia memang dah ada couple. couple yang kononnya dia terima secara tak rela. sebab #2 ni tak sihat. aku lak sekadar suka je pada #2. sebab perasaan aku masih terikat pada #1. jadi, kononnya untuk tidak menyedihkan #2 yang sakit ni, aku tolong la kawan aku untuk merapatkan diri dengan #2.

X memang langsung tak pedulikan #2 sebab dia terkejar2 dengan orang yang dia minat. jadi untuk menghilangkan rasa kosong dalam hati #2, aku pun selalu berhubung dengan #2. mula berkenalan memangla rasa janggal. tapi lama2 kami jadi semakin rapat. sehinggakan pada suatu hari X mintak putus ketika #2 menjalani pemeriksaan di hospital.

Pada hari result keshatannya keluar, dia bagitau aku berita gembira… bahawa dia sihat sepenuhnya. dia langsung tak menyentuh tentang X. entah apa perasaan #2 pada ketika itu.

lama2 kami berdua semakin rapat. sehingga pada satu hari dia mengajak aku untuk bercouple dengannya. aku terima kerana aku sayangkan dia dan hati terluka akibat #1. sungguh biasa kisah aku, kan.

weird

Fall In Love With Friend

friends

Aku kenal #4 dalam satu laman sosial…. aku nampak dia sama daerah dengan aku, jadi aku add la. saja cari kawan. dan time tu, aku dengan #3 telah berjauhan. dia kembali ke tempat asalnya dan aku masih di kelantan. mungkin aku tertarik dengan gayanya… dan aku pun mulai bertegur sapa dengannya.

tapi aku makin mahu mendekati dia bila aku ternampak dia post gambar seseorang. dan aku mulai bertanya kepadanya tentang kawannya itu. sah itu kawan aku masa sekolah menengah dulu, Y. disebabkan #4, aku kembali berhubung dengan Y. aku berterima kasih kepadanya.

dari perkenalan dengan #4, maka terbongkarlah rahsia aku dan Y. banyak betul yang aku tak tahu rupanya.hahaha…memang aku ni katak bawah tempurung kot. Y pula seolah2 tidak terkejut pun aku sebegitu.

bila aku balik ke kampung, aku teringin berjumpa dengan #4. tapi melihat dia dari jauh, membuatkan aku segan. bukan apa…. aku belum pernah lagi berkawan dengan orang yang beridentitikan sedemikian. kebetulan dia pun selalu lepak dengan kawan2nya yang sedemikian juga. rasa sangat berbeza. walaupun aku sendiri pun memang berbeza dari orang lain. rasa tak ngam je…

mungkin #4 tau aku tak selesa dengan kawan2nya…jadi dia sanggup lepak dengan aku secara berdua je. mula2 kami memang kawan je. tak lebih dari tu….(semua pun macam tu, kan?)

masa berlalu…aku pun tiada kawan sangat di sini. sebab aku membesar di luar. #4 sajalah kawan aku. untuk lepak dan mengadu segalanya. makin lama, aku perasan #4 sanggup menemani aku kemana saja aku pergi. teringat aku kisah aku dengan yang #1 dulu. mungkinkah dia pun begitu? aku cuma buat tak tahu saja.

pada satu hari, dia bagitau aku bahawa dia sukakan seseorang….tapi dia tak tahu seseorang tu sukakan dia atau tidak. mula2 aku syak, itu aku…tapi tak mungkin la. (perasan…huh) aku tak ingat apa nasihat aku kepada dia. cuma untuk tahu bahawa orang tu sukakan dia atau tidak, aku suruh dia berhenti berhubung dengan orang tu buat sementara.

tapi kalau dia buat macam tu, dia terpaksa tutup nombornya, dan dia tak boleh berhubung dengan aku…itulah alasannya yang membuatkan aku rasa aku cuma perasan. aku pula time tu sedang berusaha untuk melupakan seseorang yang sudah tidak perlukan aku lagi.

beberapa hari kemudian, aku lepak lagi dengan #4…akhirnya dia meluahkan perasaanny terhadap aku. aku jadi confius….aku tak tahu sama ada aku patut terima dia atau tidak. tapi katanya, belum cuba, belum tahu….dan itulah caranya untuk melupakan orang lain.

First Love : Part 3

Bukak semester baru, aku dan dia masing2 LI. dia di kelantan, dan aku disini… time tu aku belum ada henfon lagi… jadi susah la nak gayut atau sms. Sepanjang LI, aku asik ingat kat dia je. entah macam mana dia kat sana.hmmmm….. tapi dia ok la, sebab ada beberapa orang classmate dia sama LI sekali dengan dia.

Maka disebabkan belum ada henfon, maka kami cuma berutus surat. rindu rinduan.hahaha….klasik kan? 🙂 tapi tak puas la klu sekadar berutus surat. paling2 pun seminggu surat baru nak sampai. aduh…. sakitnya tuh disini.nak tak nak, aku terpaksa menabung duit syiling semata2 untuk bergayutan di hujung minggu.

distance

Pada satu hari, dia bagitau aku bahawa ada seorang budak di tempat dia LI sukakan dia. budak ni sanggup buat apa saja untuk mendapatkan cinta dia.erkkk….tidak!!!! apa harus aku buat? kawan2 dia pun sokong kalau dia bersama budak tu.huhu…. tapi dia cakap, jangan risau… hati dia ada pada aku seorang. dia xde perasaan pun pada budak tu. cuma satu perkara yang aku kurang gemar, dia suka menggunakan budak tu untuk kepentingan dia. haih….

13082015

aku bukak fb. dan aku dapat tau hari ni birthday salah sorang kawan aku time study dulu. classmate #1…maknanya kawan #1 jugak. aku scroll fbnya dan ternampak #1 komen.

aku stalk fb dia.kikiki…. dah ada 3 orang anak. aku harap dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. lega rasanya sebab dia dah ada family sendiri. cuma aku harap dia dapat maafkan segala kesalahan yang telah aku lakukan selama aku kenal dia. aku janji tak akan ganggu hidup dia lagi.