Mimpi

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Sebelum itu, baik aku ceritakan mimpi2 aku sebelum ni.
Aku pernah mimpi dia dan aku berjumpa di 1 kem. Kami bersembang bila ada kesempatan. Kemudian terpisah kerana x sama destinasi. Bertemu kembali dan dia kelihatan kurang sihat. Dia kelihatan pucat dalam pangkuan aku. Aku cari pasangan dia,tapi pasangan dia tiada berdekatan.
Mimpi lain… aku tumpang tidur di bilik siapa entah… dia pun ada sama. Cuma tilam kami berdua agak berjauhan. Dan timbul rasa serba salah bila kami berdua berada sebilik. Aku takut pasangannya sedih melihat kami berdua.
image

Dan malam tadi… aku mimpikan dia lagi. Juga di bilik tidur. Kami tidur beramai2. Entah siapa pegang tangan siapa… aku angkat tinggi2. Agak berisi tangannya… aku terkenang tangan #3 yang aku selalu pegang dulu. Dalam hati aku berkata, dah lama aku tak cium tangan orang yang aku sayang. Kemudian aku menoleh… rupa2nya aku memegang tangan dia. Dia ketawakan aku bila aku terkejut. Dia senyap2 menyelit di sebelah aku. Dan sebelum aku terbangun, aku tetap tanya soalan yang sama… ‘pasangan mana?’

Friend

Aku kenal dia masa aku masuk sekolah menengah. Aku langsung x kenal sape2 kat situ. Sebab aku datang dari daerah lain.
Aku x tahu apa yang menarik pasal dia. Mungkin dia yang sudi berkawan dengan aku. Atau aku yang sudi berkawan dengan dia. Dengan budak2 lain aku kurang. Diorang ada geng sendiri. Geng dari sekolah rendah. Mungkin sebab itu jugak aku jadi rapat dengan dia. Dia pun datang dari daerah lain. Tapi dia boleh je geng dengan budak2 lain. Cuma dari pemerhatian aku dia lebih suka bergerak solo.
Aku dan dia… entah la berapa rapat sebenarnya kami berdua. Pernah dia bagi aku kertas kartun. Gambar pertama, seekor kucing sedang tidur. Gambar kedua, datang seekor lagi. Gambar terakhir,kedua2 kucing tu tidur bersama… entah mana dah aku simpan. Di belakangnya dia tulis ‘xavana xanadu’ kalau x silap aku. Aku simpan sehingga aku bertemu kembali dengan dia beberapa tahun yang lalu.
Sebenarnya aku kagum dengan kehidupan dia. Dia seorang wild & free… mungkin dia anggap aku budak baik, jadi dia jarang nak ajak aku join dia. Dia sangat adventures orangnya. Aku cemburu melihat dia. Tapi aku x boleh berbuat apa2. Dengan bertopengkan imej budak baik, aku x boleh nak berbuat jahat. Aku sentiasa memikirkan impak terhadap diri aku dan mak serta bapak aku.
Dalam kelas aku suka bersaing dengan dia. Subjek favorite, karangan Bahasa Melayu. Nama kami berdua selalu disebut oleh cikgu disamping beberapa orang yang lain.
Sebenarnya aku x ingat apa2 tentang dia. X ingat sangat. Mungkin bukan x ingat, tapi x tahu…. cuma di hujung pertemuan kami, dari pandangan aku… dia menjadi pelajar bermasalah. Aku x tahu apa masalah dia. Cuma bila dia x datang, cikgu akan bertanya pada aku. Manalah aku tahu. Sehinggalah dia x datang langsung ke sekolah. Tertanya2 juga aku. Tapi kepada siapa nak aku rujuk?
berbelas tahun terpisah, kami ditemukan kembali… x sangka orang yang aku anggap agak rapat masa sekolah dulu, terlalu banyak hal yang aku x tahu mengenai dia.
sesungguhnya aku merasakan diri aku katak bawah tempurung.
Tanggal 21 November 2016, aku dapat tau bahawa ayahnya meninggal. Entah kenapa air mata aku turut mengalir bersama. Sedangkan dengan kawan2 lain, aku x tahu bagaimana untuk menenangkan mereka