Memori

2 malam yang lepas #3 messenger aku. Dia tanya,ingat lagi x perkara yang berlaku 6/6/06 dulu?12 tahun yang lepas. Mesti la aku ingat. Tarikh rasmi kami berdua bercouple. Tapi aku buat2 x faham. Aku dah penat. Aku dah move on. Aku x mahu terperangkap dalam sejarah silam lagi.
Tiap kali aku mula rasa bahagia, dia datang mengganggu. Tapi kali ini aku lebih kuat untuk menghadapinya. & aku xkn memaksa diri aku untuk cepat2 menyukai SS demi untuk lari dari #3. Aku xkan mengulangi kesilapan yang sama

Advertisements

Rahsia

Aku berkongsi rahsia dengan sorang kawan yang aku meminati SS. Ji… Ji yang agak lama kenal dan agak rapat dengan SS. SS bukan sorang yang senang nak d ajak keluar. Melainkan dia yang ajak kita keluar. Dan aku berjaya keluar dengan dia 3 hari berturut2. Memang bahagia rasanya. Itu yang membuatkan Ji terkejut. Mungkin x perlu d surprise kan sangat. Sebab aku menemani dia untuk berbuka puasa.
Dan beberapa hari kami keluar bersama, dia kelihatan sangat gembira dan bersemangat. Dan status d whatsapp nya pun menunjukkan dia sedang bahagia. Ji tanya aku…agak2 ada peluang x untuk aku dan SS bersama? Dengan yakin aku menjawab,ada. Semoga aku dapat bersama dengan dia.
Salah 1 tandanya ialah bila #3 start mengganggu aku lagi 😂

Hantu

Malam tadi aku mimpikan 3pupu aku. X pernah2 pun aku mimpikan dia sebelum ni. & jarang aku teringat kat dia.
Aku mimpi aku usik dia… aku cakap dia hantu. Dia menangis. Ish… sensitif betul. Rupa2nya dia tengah mengandung. Realitinya dia memang tengah mengandung.
Aku pujuk dia… aku pergi dekat dia. Dia rapatkan muka dia pada aku. Tiba2 dia cium bibir aku. Aku terkejut. Tapi aku cium balik. Just a smock actually. & aku rasa bersalah. Bukan sebab cium dia. Tapi sebab aku panggil dia hantu.

Ss (kaseh)

Sekarang ni aku cuma fokus kat dia sorang je. Tapi tak la fokus sangat pun. Cuma eksaited bila nampak dia. Tapi bila ada peluang lepak dengan dia, langsung perasaan aku macam dengan kawan biasa.
Mungkin bukan dengan kawan biasa. Sebab aku rasa awkward bila dengan dia. Tapi x ada rasa berdebar.
Mungkin aku sekadar admire saja. Biar saja la perasaan ni. Kalau ada, ada la. Kalau x ada, x ada la.

R.I.P DOLORES O’RIORDAN

16 jan, 2018 aku bangun tidur dan terus bukak facebook. Perkara pertama yang membuat aku segar ialah bila melihat berita tentang tentang penyanyi The Cranberries, Dolores O’Riordan. Seolah2 bermimpi saja bila mendapat perkhabaran itu.
The Cranberries & Dolores bukan nama asing bagi aku, sejak 1993. Zombie…lagu yang menaikkan nama mereka. Aku mendengar sambil memahami segala lirik lagu tersebut bila terdapat khabar angin mengatakan bahawa lagu tersebut merupakan lagu pemujaan syaitan. hahaha… semata2 kerana ZOMBIE. Cetek benar pemikiran mereka.
Abang aku mungkin berminat juga dengan lagu tersebut sehinggakan dia beli kaset kumpulan tersebut. Malangnya dia tersalah beli kaset. Dia beli kaset album terdahulu The Cranberries, ‘everybody can do it, so why can’t we?’. Lalu terabailah kaset tersebut… & abang aku beli kaset yang betul, ‘no need to argue’.
Dari kaset no need to argue, aku mula tertarik dengan lagu2 mereka yang lain. Kemudian aku beralih ke kaset pertama mereka. Dan aku jatuh cinta kepada hampir semua lagu mereka dari kedua2 album tersebut. Lirik2 aku hafal dan masih ingat sampai sekarang. Akhirnya kaset2 tersebut jadi milik aku.
Kemudian aku beli kaset ‘bury the hatchet’ yang terkenal dengan lagu ‘promises’ & ‘animal instinct’. Sebenarnya lagu2 lain pun best juga. Tapi yang paling menyentuh perasaan aku adalah lagu mengenai penderaan seksual kanak2… ‘fee fi fo’. Dari situ aku perasan lagu2nya lebih kepada tentang humanity.
Kaset seterusnya aku beli adalah ‘stars’. Kompilasi lagu2 terbaik the cranberries.  Walaupun ada lagu yang pernah ada dalam koleksi sebelum ni, aku x pernah menyesal membeli kaset tersebut.
Album terakhir aku beli adalah ‘roses’. Pun best jugak. CD. Jadi aku jarang nak dengar.
Walaupun ada orang mengatakan kematian dia disebabkan oleh overdose dadah… aku xkan nafikan. Mungkin dia ada ambil dadah. Tapi dia antara artis yang x pernah menimbulkan kontroversi. Jadi, sekiranya dia overdose dadah, aku beranggapan kerana dia mengalami sakit belakang yang amat sangat. Kerana tahun 2017 the cranberries banyak membatalkan tour mereka kerana Dolores sakit belakang.

Mimpi ss (kaseh)

Ni sorang lagi yang aku minat. Aku mimpi aku rangkul pinggang dia. Dia terus letak kepala di bahu aku. That’s all.
Semalam kami keluar bertiga. Aku asik ketawa tengok telatah diorang. Agak2 ni first time jugak dia tengok aku gila2. Lepas tengok movie, diorang jalan depan.aku ikut je kat belakang. Last2 diorang tanya aku keta park kat mana.hahaha… jauh betul diorang terlajak.
Diorang cakap aku asik ketawakan diorang. Lucu bah. Ketawa la.

Might be the end

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Aku nampak dia & aku peluk dia. Tapi xda apa2 perasaan dah bila aku peluk dia.
Badan dia sdikit menggigil masa aku peluk. Demam katanya. Dia macam xnak aku peluk dia. Jadi aku lepaskan rangkulan aku padanya. No heart feeling.
Barangkali ini mimpi terakhir aku tentang dia. Yang tinggal cuma kenangan. Xda lagi perasaan kasih yang tinggal.

Mimpi ss (su btlu)

Malam tadi aku mimpi su. Entah kenapa mimpi dia.sedangkan otak aku asik pikir pasal exam. Tapi mimpi pasal run.
Mimpi aku simple je.kami 2 join run. Dah run, kami 2 duduk sebelah menyebelah. Tiba2 muka dia begitu dekat dengan muka aku. Aku bisik kat dia, ‘jangan dekat sangat, nanti saya kiss awak. Baru tau…’
Tapi dia buat2 x dengar je. Dan aku pun kiss pipi dia. Tu je…

Dia

Dah terlalu lama kami berdua tak berhubung. Ada je aku terfikir tentang dia. Entah apa khabar dia sekarang…
Malam tadi aku tertanya2, lama dah aku tak mimpikan dia. Barangkali dia tak rindukan aku. Barangkali dia dah bahagia.
Mungkin mainan tidur… malam tadi aku mimpikan dia. Aku ternampak dia dalam uniformnya bersama dengan kawan aku, achik.
Dia ternampak aku. Dan cuba untuk mendapatkan aku. Tapi aku lari. Entah kenapa aku lari. Sehingga dia tak dapat menjejak aku.
Sebenarnya dia dapat jejak rumah aku…. tapi mimpi aku reset balik.hahaha…aku berlari kesana dan kesini demi untuk mengelirukan dia. Sehingga dia hilang jejak aku.
Bila aku sampai ke rumah, aku dapat tahu dia tinggal bersebelahan saja dengan aku.