Mimpi orang lain

Berberapa minggu yang lepas, aku mimpikan seseorang. Wajahnya mungkin biasa2 saja. Xda yang menarik perhatian aku. Cuma yang menarik ialah sifat dia yang x perlu bergantung kepada sesiapa. Boleh berdikari. Sehinggakan aku tertarik dan bertanya siapa namanya. Dia bagitau aku namanya. Mungkin aku akan dapat cari di luar alam mimpi ni.
Malam tadi aku bermimpi tentang seseorang lagi. Orang yang dihormati ramai. Entah siapa… tapi orang lain sangat menghormati dia. Tapi disebalik itu, dia seolah2 menyimpan 1 kesedihan. Dia datang kepada aku. Lalu mencium aku.

Advertisements

Mimpi lagi

Masuk tahun baru, dan awal2 lagi aku dah mimpikan dia. Nampaknya dia selalu sangat menjenguk aku dalam mimpi. Entah benar entah tidak, orang cakap kalau kita mimpikan seseorang maksudnya dia rindukan kita.
Aku selalu rindukan dia, adakah dia selalu mimpikan aku juga? Mungkin jugak aku selalu rindukan dia menyebabkan dia masuk dalam mimpi aku. Walaupun kadang2 aku x ingat pasal dia seharian sebelumnya. Memang dia ni taknak tinggalkan hidup aku aman.
Aku mimpi dia datang mencari aku. Dia katakan dia mahu kembali kepada aku. Dalam mimpi tu aku cuma terpinga2. X tahu apa yang patut aku jawab. Sekiranya realiti pun, aku tetap xkan tahu nak bagi jawapan apa kat dia. Dia bagitau aku yang dia xnak lagi hidup bersama pasangannya.
Kemudian apa jadi dengan mimpi tu? Entah la. Aku pun xtau 😂😂😂 sebab mimpi tu bertukar watak jadi orang lain. Aku lak cuma jadi pemerhati.
Barangkali ada sambungan lagi mimpi ni lagi. Sebab selama ni pun mimpi aku pasal dia sentiasa bersambung.

Merry Christmas

Hari ni uncle aku ajak pegi rumah adik dia. Uncle aku jugak. Berat hati aku nak datang situ sebenarnya.
Aku harapkan kazen aku xda di rumah.tapi harapan aku musnah. Dia ada.
Hal ni dah berlaku 24 tahun yang lalu. Tapi bila ternampak dia aku jadi benci. Bukan benci… tapi x suka.
Aku xnak lihat atau dengar suara dia. Kalau ada orang bercerita tentang dia,aku xnak dengar. Mungkin parents dia perasan. Entah la. Aku peduli apa.

Mimpi

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Sebelum itu, baik aku ceritakan mimpi2 aku sebelum ni.
Aku pernah mimpi dia dan aku berjumpa di 1 kem. Kami bersembang bila ada kesempatan. Kemudian terpisah kerana x sama destinasi. Bertemu kembali dan dia kelihatan kurang sihat. Dia kelihatan pucat dalam pangkuan aku. Aku cari pasangan dia,tapi pasangan dia tiada berdekatan.
Mimpi lain… aku tumpang tidur di bilik siapa entah… dia pun ada sama. Cuma tilam kami berdua agak berjauhan. Dan timbul rasa serba salah bila kami berdua berada sebilik. Aku takut pasangannya sedih melihat kami berdua.
image

Dan malam tadi… aku mimpikan dia lagi. Juga di bilik tidur. Kami tidur beramai2. Entah siapa pegang tangan siapa… aku angkat tinggi2. Agak berisi tangannya… aku terkenang tangan #3 yang aku selalu pegang dulu. Dalam hati aku berkata, dah lama aku tak cium tangan orang yang aku sayang. Kemudian aku menoleh… rupa2nya aku memegang tangan dia. Dia ketawakan aku bila aku terkejut. Dia senyap2 menyelit di sebelah aku. Dan sebelum aku terbangun, aku tetap tanya soalan yang sama… ‘pasangan mana?’

Friend

Aku kenal dia masa aku masuk sekolah menengah. Aku langsung x kenal sape2 kat situ. Sebab aku datang dari daerah lain.
Aku x tahu apa yang menarik pasal dia. Mungkin dia yang sudi berkawan dengan aku. Atau aku yang sudi berkawan dengan dia. Dengan budak2 lain aku kurang. Diorang ada geng sendiri. Geng dari sekolah rendah. Mungkin sebab itu jugak aku jadi rapat dengan dia. Dia pun datang dari daerah lain. Tapi dia boleh je geng dengan budak2 lain. Cuma dari pemerhatian aku dia lebih suka bergerak solo.
Aku dan dia… entah la berapa rapat sebenarnya kami berdua. Pernah dia bagi aku kertas kartun. Gambar pertama, seekor kucing sedang tidur. Gambar kedua, datang seekor lagi. Gambar terakhir,kedua2 kucing tu tidur bersama… entah mana dah aku simpan. Di belakangnya dia tulis ‘xavana xanadu’ kalau x silap aku. Aku simpan sehingga aku bertemu kembali dengan dia beberapa tahun yang lalu.
Sebenarnya aku kagum dengan kehidupan dia. Dia seorang wild & free… mungkin dia anggap aku budak baik, jadi dia jarang nak ajak aku join dia. Dia sangat adventures orangnya. Aku cemburu melihat dia. Tapi aku x boleh berbuat apa2. Dengan bertopengkan imej budak baik, aku x boleh nak berbuat jahat. Aku sentiasa memikirkan impak terhadap diri aku dan mak serta bapak aku.
Dalam kelas aku suka bersaing dengan dia. Subjek favorite, karangan Bahasa Melayu. Nama kami berdua selalu disebut oleh cikgu disamping beberapa orang yang lain.
Sebenarnya aku x ingat apa2 tentang dia. X ingat sangat. Mungkin bukan x ingat, tapi x tahu…. cuma di hujung pertemuan kami, dari pandangan aku… dia menjadi pelajar bermasalah. Aku x tahu apa masalah dia. Cuma bila dia x datang, cikgu akan bertanya pada aku. Manalah aku tahu. Sehinggalah dia x datang langsung ke sekolah. Tertanya2 juga aku. Tapi kepada siapa nak aku rujuk?
berbelas tahun terpisah, kami ditemukan kembali… x sangka orang yang aku anggap agak rapat masa sekolah dulu, terlalu banyak hal yang aku x tahu mengenai dia.
sesungguhnya aku merasakan diri aku katak bawah tempurung.
Tanggal 21 November 2016, aku dapat tau bahawa ayahnya meninggal. Entah kenapa air mata aku turut mengalir bersama. Sedangkan dengan kawan2 lain, aku x tahu bagaimana untuk menenangkan mereka

Cinta pertama?

Beberapa hari ni aku asik teringatkan dia. Walau ramai yang cuba untuk membuat aku lupakan dia, tapi semuanya gagal. Dia hilang seketika… kemudian datang kembali. Aku cuba tanam kebencian terhadap dia. Tapi perasaan sayang melebihi segalanya. Walaupun hati luka parah kerananya.
Bergayut dengan kawan… baru aku tahu,kekasih pertama tak semestinya cinta pertama. Hahaha… lucu la pulak. Dia bukan kekasih pertama. Tapi dia yang paling aku rindu sampai sekarang. Insan yang boleh berbicara dari hati ke hati. (Ye ke?) aku x pernah berahsia apa2 dari dia. Errr… ada sekali sebenarnya. Tapi kantoi.hahaha…
Aku terfikir… adakah dia cinta pertama aku? Sehinggakan aku jadi begini. Biasanya aku akan sembuh sendiri selepas terluka. Tapi dengan dia… aku terpaksa biasakan diri dengan kelukaan ini.

Denial

image

Walaupun kau menafikannya, manusia tetap akan menilai berdasarkan pemikiran dan pemerhatian mereka. Begitu juga aku.
Apa kau yakin orang lain salah faham dengan keakraban itu? Aku kenal kau lebih dari orang lain. Tapi aku x kenal kau sepenuhnya.
Siapakah yang lebih negatif? Orang lain yang berfikiran seperti aku? Atau orang yang selalu menyembunyikan sesuatu, seperti kau?
Kisah kau… ingin aku tamatkan. Tapi aku tak mampu. Kisah aku sentiasa tamat dibayangi oleh kau. Mampukah aku meloloskan diri? Atau kau akan sentiasa ada untuk selama2nya?

Living in Yesterday

Hari ni aku ternampak kapel dia tag dia dalam facebook. Nampaknya kapel dia brpindah tempat kerja. Mengikut dia. Aku sedikit kecewa. Kenapa? Aku cemburukan kesungguhan kapel dia untuk terus berdekatan dengan dia. Sesuatu yang aku tak mampu lakukan. Demi untuk dia atau demi untuk sesiapa pun.
Walaupun dia selalu mengadu pada aku bahawa dia x bahagia dengan kapelnya… tapi benarkah? Beberapa bulan diorang berjauhan, tapi hubungan diorang masih boleh bertahan. X seperti aku yang x mampu untuk berbuat apa2.
Sedih… memang sedih.

Last Date

image

Ini bukti last date kami berdua. Underworld. Cerita favourite kami. 23 January 2012.
Aku sebenarnya sangat gembira berjumpa dengan dia. Tapi aku terkilan. Dia seolah2  takut2 berjumpa dengan aku. Tersentuh kulit sedikit pun dah rasa serba salah. Sedangkan bila keluar ramai2 boleh pulak bertepuk tampar dengan orang lain. Pelik… memang pelik.
Tengah malam… dia mesej aku dan bagitau yang dia terkejut dan tak dapat tidur oleh bunga api dan mercun. Kebetulan time cuti CNY. Aku rasa sangat gembira sebab dia mesej aku. Aku tanya, ‘bolehkah kita berdua jumpa lagi esok? ‘ Dia jawab,’tengoklah.’ Sebab dia hendak menghantar kawannya ke airport. Kawannya yang menyebabkan hubungan kami berdua retak. Kalau sempat, bolehlah jumpa.
Keesokan harinya… hati aku terbagi 2. Antara berharap agar dapat bertemu lagi dengannya dan tidak. Kenapa tidak? Sebab aku terkilan dengan sikapnya pada hari sebelum itu. Dan lebih mengecewakan, dia langsung terlupa akan birthday aku.
4 tahun bersama dan 2 tahun berjauhan, dia x ingat birthday aku? Sangat mengecewakan. Mungkin pemikiran aku ni x matang. Tapi sampai sekarang aku masih ingat birthday dia dan yang lain. Insan2 yang sangat istimewa dalam hati aku.
X pernah aku lupa birthday dia. Berapa tahun berlalu, aku wish dia happy birthday setiap tahun… biarpun dia x reply. Eh… sekali aku x wish dia happy birthday, dia bertanya kepada aku, xnak wish ke? Hmm… sedangkan birthday aku dia x pernah ingat. Dia nak aku ingat birthday dia?
Sengaja aku wish lambat2. Tapi aku x pernah lagi x wish. Supaya dia faham bagaimana rasa dilupakan (Oleh insan yang sangat menyayangi).

Giliran Aku Lari

Aku pasrah. Aku xnak harap apa2 dari dia. Tapi aku tetap segan terhadapnya. Jadi aku mahu kurangkan keterserempakan aku dengan dia. Tapi jiwa aku ni gatal jugak. Nak jugak lalu depan dia bila keluar.

Entah la…aku x ingat kenapa aku keluar hari tu. Tapi aku keluar sekejap je.sangat sekejap…macam keluar, buat 1 pusingan dan balik. Segan pulak aku nak lalu depan dia.

Jadi aku bercadangan untuk masuk ikut jalan tepi. Supaya aku boleh lari dari dia. Tapi entah macam mana… terserempak dengan dia depan pintu lif tepi. Kebetulan atau memang dirancang? Cuma dia yang tahu.

Sebab aku dari luar. Aku x nampak apa2 dalam bangunan. Tapi dia dari dalam boleh lihat luar dengan jelas. Sebab dinding bangunan ni macam cermin dalam bilik soal siasat. Itu yang selalu ditunjuk dalam tv.