Best relationship

image

Dulu aku pernah mengalami seperti ini… baru balik dari jumpa dia,dah rindu. Kadang2 dia depan mata pun masih rindu. You are the air that i breathe. Itu dulu…
bayangkan bila dah putus. Tak berhubung… siksanya…. aduh… trauma jadinya nak bercinta.

Tapi… ada masanya aku rindu untuk menikmati saat2 seperti itu lagi. Nampaknya manusia ni tak pernah serik. Haih…

Advertisements

Warning!

Hahaha… bukan warning pun. Cuma pemberitahuan. Pagi 16 april, aku dapat chat selamat pagi dari nombor #3. Aku pun jawab la. Aku bukan jenis berlengah2 @ x jawab chat orang. Lepas tu dia senyap, jadi aku pelik la. So aku saja nak melawak, aku bagitau dia…  dia baru bangun tido, aku dah ngantuk balik.
Tiba2 dia jawab, dia bukan #3… dia kapel #3. Erkk… nabes gak. X pasal2 kena sembelih nanti. Dengar cita, garang budak ni. Pernah tampar & tumbuk #3. Tu yang #3 cakap la. Ntah benar ntah x.
Lembut je bicara dia… dia cakap dia x suka chat kami berdua yang mengimbau kenangan lama dan penyesalan. Tu ayat dia tu… jiwa sastera. Sebenarnya #3 yang banyak mengungkit…
Dia bagitau yang dia sayangkan #3 lebih dari segalanya. Dan dia mintak maaf sebab menganggu aku pagi2. Pukul 10…  xda la pagi sangat pun. Cuma rasanya dia check hp #3 sebelum bangun.
Aku x kesah pun hal tu semua. Banyak kali dah aku berfikir… betapa aku sayangkan dia, aku tetap tak dapat kembali kepada dia. ‘Aku bukannya kecewa sebab kau tipu aku. Tapi aku kecewa sebab aku tak boleh percaya kau lagi’.
Banyak peluang aku bagi kat dia, tapi dia asyik ambil kesempatan untuk menipu dan cuba menundukkan aku dengan segala kesempatan yang aku beri. Mungkin aku patut berhenti. Dan terus pergi dari hidup dia.
Tapi… ada masanya aku ni rasa nak tumbuh tanduk je. Aku nak sabotaj dia. Aku nak dia gaduh dengan kapel dia. Aku xnak tengok dia bahagia. Separuh hati lagi berkata, kalau aku biarkan, mungkin dia menderita dalam bahagia. Itu lebih bagus dari dia terlepas dari genggaman kapel dia.
Betul ke dia menderita merindui aku walaupun dia bahagia dengan kapelnya? Entahlah labu…

Memelukku

Tiba2 malam tadi dia mesej aku dan katakan dia rindu aku. Tiba2… semenjak dia katakan hati dia dah tawar. Apatah lagi aku… seolah2 hati kering. Xtau apa respond aku sepatutnya.
Tiba2 juga,lepas terbaca mesej dia, aku mimpikan dia. Macam sangat real. Aku tengah tidur, dan tiba2 dia datang, baring sebelah aku dan memeluk aku. Aku terjaga dan mencari dia. Rupa2nya itu sekadar mimpi. Agak kecewa juga aku.
Tapi mimpi aku bersambung lagi. Mimpi tentang dia. Tapi… aku x ingat berkaitan dengan apa. Rasanya aku memang mimpikan dia sepanjang malam.

Bencinta

Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Rasanya lagu ni memang sangat tepat dengan situasi aku. Aku benci dia. Aku cinta dia. Apapun perasaan aku terhadap dia,aku yang sakit.
Sehinggakan pernah sampai ke satu tahap, aku tak mahu peduli tentang hidup atau mati dia. Aku pergi dari hidup dia. Tapi kemudian kembali?
Kenapa? Bagaimana? Entah la. Aku xtau. Aku kah yang kembali dalam hidupnya? Atau dia yang kembali dalam hidup aku?
Apa pun yang terjadi nanti… aku percaya life aku tahun ni lebih complicated dan menarik.

Cinta Biasa 2

Lepas putus dengan dia, aku pergi ke hometown dia. jadi ada la jumpa dia sekali. lepas tu dia langsung tak kontek aku. aku pun langsung tak menoleh lepas pergi. entah apa perasaan dia, kan.

Beberapa bulan berlalu, dan ketika aku merayau dengan kawan aku dan aku ternampak dia. mungkin dengan beradiknya. muka dekat2 nak seiras. bukan mudah nak nampak dia walaupun duduk sama bandar.

dan beberapa ketika kemudian, aku balik dari rumah kawan aku. merayau kejap sebelum naik bas balik ke tempat aku. tiba2 aku ternampak dia. berjalan dengan seseorang. dan seseorang itu begitu asyik bercerita dengan dia. aku follow je diorang. sebab sama destinasi. takkan aku nak lari, kan?

xtau macam mana, tiba2 dia berpusing. lalu ternampak aku. terkejut i….bila dia sedar aku di belakang, dia pun macam menjauh dari seseorang tu. yang seseorang ni memang leka bercerita. tak tahu la apa hubungan mereka berdua. mungkin teman? mungkin juga adik dia.

sampai di terminal bas, diorang naik bas. dan aku masih di bawah. bas x sama… aku perasan dia asik perhatikan aku sehingga bas berjalan,  dan kawannya itu seolah2 langsung x perasan. asyik sungguh.

sampai aku di bilik, entah kenapa… tumpah jugak air mata aku bila teringat kat dia. walaupun dia cinta paling biasa.