Dear fans out there…

Kekekeke… macam orang ramai peminat je bunyinya… sedangkan hakikatnya zero. But who knows, 1 day i might be hero. 😀
Aku cuma nak pesan kat insan yang berusaha untuk mengejar cinta. Kejarlah cinta… mana tahu dia akan menjadi milikmu. Tapi, bila dia dah menjadi milikmu… jangan pula kau layan dia seolah2 dia yang terhegeh2 kat kau dulu. Sekali dia bye2, baru tau.
Aku tringat ada sorang kwn ni share 1 ayat… lebih kurang macam ni la ayatnya, ‘aku takkan kontek (flirt) orang lain walaupun kapel aku tak kontek aku’. Bajet setia la kot… Macam mana kalau kapel kau langsung tak kontek kau, sehari, seminggu, sebulan… krik2… kau mesej pun dia payah nak reply. Sedangkan dia aktif online.
Ok… maybe urusan kerja. Tapi takkan la sampai tengah malam pun kerja? Tiap jam kau tunggu dia reply mesej kau, kau check hp… dia tengah online, aktif beberapa minit yang lepas… kalau pun dia balas, dia cuma jawab penat, stress, xda mood.
Sampai bila kau nak bertahan? Tup2… tiba2 dia dah jatuh hati kat orang lain. Errr… bukan aku nak suruh korang curang…. no3…. cuma, ni situasi aku. Nak berkawan,takut orang tuduh kita flirting. Nak asik mesej dia,nanti dia fedup lak. Bak kata fynn, asik kita je yang kena tengok2kan hati dia. Hati kita ni yang remuk, hancur berkecai ada dia peduli?
Ishh… xde kaitan langsung dengan topik. Perenggan atas je sebenarnya isu ni. Tapi sebab macam pendek sangat, jadi pergi la ke pantai lalu ke laut…
image

Advertisements

Hmmm

Nampaknya disini sajalah tempat untuk aku meluahkan segala isi otak aku… xda kawan untuk mengadu. Xda teman untuk menumpangkan bahu bila aku sedih. Xpe… mereka pun ada masalah sendiri.
Cuma aku sedih… kenapa masalah aku ni masih masalah sama? Orang tempat mengadu pun dah penat nak mendengar kisah yang sama. Ternyata aku ni memang setia. Hahaha…. lame joke.

Lupakan dia

image

Ni post dia baru sejam yang lepas… hancur lagi hati ini. Kenapa dia buat begini? Walaupun aku yakin itu bukan dia yang post. Tapi terbukti dia bukan sorang.
Tuhan…tolong aku untuk menyingkirkan dia dari hati aku, sekiranya dia bukan untuk aku. Kenapa hati ini masih inginkan pada yang hancurkan aku? Berapa lama lagi perlu aku tanggung? Inilah balasan aku kerana terlalu menyayangi…

Rindu

Dia tanya aku,aku x rindu dia ke? aku cuma jawab,biar aku sorang je yang tahu. X guna aku bagitau… pasti ada yang terluka.
Tapi hakikatnya… aku sangat ingin bagitau dia yang aku rindukan dia. Aku ingin kembali seperti dulu. Susah senang bersama dia.
image

Tapi… apa gunanya? Aku dah berubah. Dia dah berubah. Mungkinkah mampu orang dikhianati mempercayai orang yang mengkhianatinya? Walaupun dia menafikannya… walaupun aku tiada bukti… nama pun orang yang kita sayang, perubahan sedikit pun kita akan sedari. Bagaimana untuk aku tidak menyedarinya? Dia mula menjauh, berahsia. Sedangkan selama ini kami berkongsi segalanya. Dia mula mengatakan aku x faham dia. Ya! Aku memang x faham dia. Bagaimana aku nak faham kalau dia x bagitau?
Bila aku fikirkan lagi, aku telah jatuh kerana dia. Susah payah aku bangkit seorang diri. Dan kini aku sudah mampu berdiri. Walaupun belum cukup gagah. Apa patutkah aku membenarkan dia kembali ke dalam hidup aku? Untuk apa? Untuk menjatuhkan aku lebih teruk? Aku x ingin tahu apa yang terjadi kepada dia selama 6 tahun ni. Aku tak mahu sakit hati. Aku tak mahu simpati.
Kaki aku masih goyah. Apakah aku perlu berlatih seorang diri? Atau aku perlukan tongkat untuk kembali tegak? Apa akan terjadi bila aku kembali gagah? Aku takut tongkat akan dibuang ke tepi. Kasihan tongkat itu. Apa guna menyakiti orang lain demi diri sendiri?

Datang

2 minggu lagi nak Sejiwa Senada, tiba2 dia mesej aku. dia tanya, boleh tak dia datang sini nanti? malas aku nak reply mesej dia. nanti berbalas2 mesej, tetiba je nanti dia ajak gaduh lagi. tiap kali mesej, mesti dia tiba2 nak marah2. entah kenapa dia benci sangat. kena sihir benci kat aku kot.

tapi kalau aku nak balas pun, aku akan jawab, aku bukan imigresen nak halang sape2 pun nak pegi mana2. lagi la dia marah nanti.haha….

nak mintak izin aku pulak nak datang sini. kalau betul nak datang, datang je la…yang penting jangan datang rumah aku. itu je…

tapi kan… walau pun keras hati aku katakan mesej dia xde bagi apa2 kesan kat aku, tapi di ruang paling dalam hati aku masih terganggu dengan mesej dia. apapun aku perlu ignore segalanya bagi memastikan hati aku semakin pulih.

berapa tahun dah ni?masuk 6 tahun kot. biar pun dah 2 orang berganti, tapi setiap sapaan hai dia tetap menyebabkan aku tersentuh. bila la hati ni nak jadi normal?