Jam

buat masa sekarang aku boleh ibaratkan diorang sebagai jam. sorang sebagai jam jarum n sorang sebagai jam digital. memang dari dulu aku minat jam jarum. kenapa?ntah…maybe sebab aku rasa jam jarum boleh mencabar minda ckit. x macam jam digital, tengok je, dah tau masa…oke…aku bukan nak cakap si A ni mecabar minda n si B ni, jenis tgok je pun dah tau…

tapi tu just,perumpamaannya…aku suka jam jarum. jam jarum aku rosak. lepas tu ada orang hadiahkan aku jam digital. aku terima. hati aku berkata, cantik gak jam digital ni…aku pakai. tapi dalam hati, aku tetap minat jam jarum. satu hari, tetiba org nak bagi jam jarum. jam yang aku idam2kan selama ni.patut x aku terima? sedangkan aku dah ada jam digital yang boleh tahan cantiknye, yang xde bagi masalah kat aku.

klu jam betul, aku boleh je terima.gilir2 je la guna.hehe…tapi ni soal perasaan.xkan la nak terima 2-2. nak cari nahas????

nak terus guna jam digital atau nak guna jam jarum? itu je la persoalan dalam diri aku sekarang.

semalam aku dah luahkan kat dia…selama 2 tahun ni dia buat aku macam tak d hargai. betapa sakitnya hati aku. tapi aku dah dapat kawal diri.aku sentiasa teringat kat dia tapi aku tak tahu apakah perasaan sayang aku kat dia masih ada atau sudah hilang.

120513

dlm 2,3 bln ni dh 2,3 kali dia msg o try kol aku.td aku terima msg dr no yg x d kenali.aku bc msg tersebut.tanpa perlu mperkenalkn dr, aku tau 2 msg dr dia.

pd sblh malam, dia kol aku. dia dh jnji kol aku.aku bersembang lm gak ngan dia. tiada pggln lain o msg dr org lain pn msuk spjg mlm 2. sbnrny ada….tp skdr mberi info.bl d bls, tiada jwpn.aku agk kecewa jg.

dh lm aku x bbual elok2 dgn dia. lbh stahun dl adalah kali terakhir aku bbual dgn dia.dl, stp kali aku berbual ngan dia, aku bgtau yg aku sgt sygkn dia.sgt rindukn dia. tp spjg 3 thn yg lps, dia ckp dia rndukn aku.n sygkn aku sbg saudara angkatnya. siapa yg x terkilan?dia hny mcr aku apabila perlu shj.

mlm itu aku berbual dgn dia…aku x tahu sgt apa yg perlu aku bualkn dgn dia.aku lbh byk senyap n mdengar cerita2 dia sj. kdg2 tergelak jg tdgr cerita ttg ank2 buahnya. aku x ingt apakah soklan yg aku tujukn kpdny…lps 2 dia pn jwb…dgn ayt d blkgny… ‘syg oooooiiii’….ntah apa pkataan yg aku dpt gmbrkn ttg prasaan aku bl dia sbt mcm 2. ayt yg aku sgt2 rindui tkeluar dr mulut org yg paling aku sygi slama ni. lidah aku jd kelu…aku cm blh jwb ‘ok…ok…hehe….’

d akhir perbualan kmi (sbb aku pn xtau nk cerita apa lg)…aku wish dia babai n gudnite je…dia tny aku blk, ‘tu je ke?’…aku tau apa yg dia ingin aku ucapkn. tp aku x sanggup. aku bkn milik dia lg. pkataan SYG…bknla sst yg murah bg aku.ianya sgt2 mahal. x sanggup aku jaja sesuka hati. pernah dahulu aku ucapkn perkataan 2 stp hr kpdny, spjg kmi bersama. tp akhirny dia tgglkn aku terkapai2 sorg2.maaf…aku x dpt lpkn smua 2.

slps berbual, dia msg aku…dia bgtau ‘miss n love u’…aku x bls pn msg dia.krn aku xtau apa yg perlu aku ucapkn.kmudian dia msg n bgtau dia rndukn aku. rndukn kenangan bsm dgn aku. aku terus mdiamkn dr. maaf…aku bkn hak dia lg.

permulaan satu perkenalan

aku dah biasa d kelantan. kebanyakan kawan aku berada d kelantan. aku sudah beberapa kali datang ke kelantan. cinta pertama dan kedua aku juga bersama dengan org kelantan. tapi percintaan d luar kelantan. agaknya kali ni aku akan mencari cinta d kelantan pula.

memulakan kehidupan aku sebagai pelajar d kelantan. aku lebih selesa bergerak solo. so, setiap kali pergi o balik dari kelas, aku boleh melencong ke tempat lain dengan bebasnya tanpa rasa bersalah kat sape-sape. itulah kali pertama aku melihat dia. entah apa yang begitu aku kagumi terhadap dia. sukar untuk mengalihkan pandangan dari dirinya. aku lihat tag namanya… wah…unik dan tak pernah lagi aku dengar nama tu. tapi sebaik aku sampai ke bilik, aku terus terlupa tentang dia. agaknya masa tu aku tengah berkejar untuk suatu temujanji.

sehinggalah aku berhubung kembali dengan seorang kawanku, Z yang sama tempat belajar d selangor dulu. dia bekerja d kelantan. so kami mengambil kesempatan untuk berjumpa pada hujung minggu. pertemuan kami sekejap saja. jadi tak puas la untuk mengenang kembali kisah semasa sama berjuang dulu. so, dia ajak aku untuk datang ke rumahnya pada minggu hadapan. lagipun katanya dia seorang je nanti. housematenya yang seorang bekerja overtime dan seorang lagi balik kampung. elok la jugak tu, fikirku… aku pun segan nak berkenalan dengan orang baru.

tiba masanya, murni pergi menjemput aku d bandar. sesampai d rumahnya, hujan turun dengan lebatnya. seronoknya klu dapat main ujan. tapi Z baru je lepas demam. kami cuma bercerita d dapur sambil dia menyediakan bahan-bahan untuk memasak. tiba-tiba terdengar bunyi pintu utama sedang cuba d unlock. aku dan murni saling berpandangan. aik…siapa la agaknya. rupa-rupanya housemate Z. dia tak jadi nak kerja overtime. so terus balik rumah. masuk je, terus masuk bilik, salin pakaian dan baring. aik….kenapa dia macam tu??rasa-rasa nak balik segera-gera je.

first met

tiba-tiba dia bangun dan menuju ke dapur. dia datang ke arah kami berdua. dia dan Z bercakap sebentar.  Z perkenalkan aku kat dia. aku masih blur, sambut je salam dia. dia kata namanya #3. aku pun perkenalkan diri aku juga… kemudian dia kembali berbaring d dalam bilik. erk… apa aku patut buat ni?nk balik je ke? ‘tak payah pedulikan dia’, Z bagitau aku. dia penat tu…kerja seharian. aku pun angguk je kepala. kami berdua jadi senyap je.

masa dinner, Z ajak #3 makan sama. aku terkial-kial je. ye la, tengok perangai dia petang tadi, macam dingin je. tapi sepanjang malam tu, #3 asik bergurau n usik aku. wah…lain betul dari perangai dia petang. aku lak, orang yang aku baru kenal, aku takde la nak balas balik. aku cuma tersenyum malu je.hahaha…

keesokan harinya Z hantar aku balik hostel.