Beberapa hari ni aku asik teringatkan dia. Walau ramai yang cuba untuk membuat aku lupakan dia, tapi semuanya gagal. Dia hilang seketika… kemudian datang kembali. Aku cuba tanam kebencian terhadap dia. Tapi perasaan sayang melebihi segalanya. Walaupun hati luka parah kerananya.
Bergayut dengan kawan… baru aku tahu,kekasih pertama tak semestinya cinta pertama. Hahaha… lucu la pulak. Dia bukan kekasih pertama. Tapi dia yang paling aku rindu sampai sekarang. Insan yang boleh berbicara dari hati ke hati. (Ye ke?) aku x pernah berahsia apa2 dari dia. Errr… ada sekali sebenarnya. Tapi kantoi.hahaha…
Aku terfikir… adakah dia cinta pertama aku? Sehinggakan aku jadi begini. Biasanya aku akan sembuh sendiri selepas terluka. Tapi dengan dia… aku terpaksa biasakan diri dengan kelukaan ini.
Cinta pertama?
Advertisements