Curang

aku terfikirkan dia. entah apa perasaan dia bila aku mintak putus. dia terus senyap dan block aku. tiba2 aku terfikir pasal kawan yang selalu dia cerita. cerita tentang dia selalu chat dengan budak tu malam2. mungkin juga bergayut. dia tidur d rumah kawan tu, dengan alasan kawan yang sama study dengan dia x sempat nak jemput dia. ada jugak aku nak tembak dia, ada pape ke dengan budak tu? tapi aku malas nak gaduh. aku malas nak cari kesalahan orang.

tiba2 aku teringat chat aku dengan AF. AF cakap masa #5 dengan aku pun dia dah ada yang lain. tapi dia taknak bagitau siapa. jadi aku terfikirkan budak ni. sebelum ni aku tak pernah terfikir sampai tahap itu. aku bukak fb dia. scroll2… sampai tahun 2014. yup… #5 memang pernah kapel dengan budak tu. gambar diorang bersama… pengakuan budak tu bahawa #5 kapel dia.

dan gambar cap… kenapa gambar cap tu? sebab #5 pernah bagitau aku dia nak bagi cap kat budak tu. dan dia tanya aku nak apa. tapi dia x bagi apa2 pun. aku pun bukannya minat benda2 macam tu. dalam gambar tu, budak tu bagitau cap tu dibagi oleh kesayangannya.

nampaknya aku ni dah terlalu lama diperbodohkan oleh #5. haih…mungkin sebab aku x peduli, jadi dia ambil kesempatan untuk bersama orang lain. aku ingat lagi kata2 dia kat aku masa mula2 kapel dulu. dia bagitau, kalau hati dah tawar, kalau dah ada orang lain… bagitau dia. dia akan rela hati akan lepaskan aku. tapi bila kena batang hidung sendiri, dia langsung x bagitau aku.

gambar diorang bersama, bertarikh 20 februari 2015… jadi mungkin lebih awal lagi diorang dah isytihar kapel. mungkin bermula dari budak tu cakap suka kat dia kot. aku jangka dia dah nak bagitau time tu… hujung tahun 2014, tapi disebabkan bapak aku meninggal, jadi dia x sanggup bagitahu. atas dasar kasihan mungkin dia teruskan hubungan dengan aku. patut atau x aku maafkan dia? entahlah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s