Mimpi lagi

Malam tadi aku mimpi dia lagi. Aku mimpi jumpa dia lagi. Mungkin aku terlalu memikirkan dia. Betul la kata orang… aku ni ego. Aku selalu menafikan perasaan aku sendiri.
Dalam minpi tu, kami berjumpa di tempat ramai orang. Mungkin kursus… jumpa dia time aktiviti riadah. Kononnya la… kami berjumpa. Perasaan aku masih ada. Perasaan dia masih ada. Tapi dia cuba mengelak.sebab kapel dia pun ada di situ.
Tapi kami berdua berusaha untuk bertemu dan berbual. Sehinggakan aku terlepas perhentian sebab leka berbual dengan dia. Akhirnya aku tinggal sorang2 dalam bas,bila dia juga turun. (Mungkin maksudnya aku belum move on?).
Kami bertemu lagi… entah dimana. Dalam kenderaan bergerak yang besar. Dia sakit. Dia bukak kasut dan berbaring. Pucat. Aku letak dia atas riba aku. Aku panggil2 kapel dia (entah nama siapa). Tapi kapel dia langsung tak datang. Tinggal kami berdua dalam dunia sendiri lagi. Kemudian… aku terjaga dari tidur.
Bila aku mimpi tentang dia, mesti tentang perasaan yang masih wujud tapi kami tak dapat bersama. Sama ada aku tak mahu, atau dia yang mengelak. Inilah mimpi aku. Tapi inilah realitinya kami berdua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s