Warning!

Hahaha… bukan warning pun. Cuma pemberitahuan. Pagi 16 april, aku dapat chat selamat pagi dari nombor #3. Aku pun jawab la. Aku bukan jenis berlengah2 @ x jawab chat orang. Lepas tu dia senyap, jadi aku pelik la. So aku saja nak melawak, aku bagitau dia…  dia baru bangun tido, aku dah ngantuk balik.
Tiba2 dia jawab, dia bukan #3… dia kapel #3. Erkk… nabes gak. X pasal2 kena sembelih nanti. Dengar cita, garang budak ni. Pernah tampar & tumbuk #3. Tu yang #3 cakap la. Ntah benar ntah x.
Lembut je bicara dia… dia cakap dia x suka chat kami berdua yang mengimbau kenangan lama dan penyesalan. Tu ayat dia tu… jiwa sastera. Sebenarnya #3 yang banyak mengungkit…
Dia bagitau yang dia sayangkan #3 lebih dari segalanya. Dan dia mintak maaf sebab menganggu aku pagi2. Pukul 10…  xda la pagi sangat pun. Cuma rasanya dia check hp #3 sebelum bangun.
Aku x kesah pun hal tu semua. Banyak kali dah aku berfikir… betapa aku sayangkan dia, aku tetap tak dapat kembali kepada dia. ‘Aku bukannya kecewa sebab kau tipu aku. Tapi aku kecewa sebab aku tak boleh percaya kau lagi’.
Banyak peluang aku bagi kat dia, tapi dia asyik ambil kesempatan untuk menipu dan cuba menundukkan aku dengan segala kesempatan yang aku beri. Mungkin aku patut berhenti. Dan terus pergi dari hidup dia.
Tapi… ada masanya aku ni rasa nak tumbuh tanduk je. Aku nak sabotaj dia. Aku nak dia gaduh dengan kapel dia. Aku xnak tengok dia bahagia. Separuh hati lagi berkata, kalau aku biarkan, mungkin dia menderita dalam bahagia. Itu lebih bagus dari dia terlepas dari genggaman kapel dia.
Betul ke dia menderita merindui aku walaupun dia bahagia dengan kapelnya? Entahlah labu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s