Cinta dan Benci (Sambungan Stop The Blame Game)

masa aku mula2 kenal dia dulu, aku memang nampak dia ni jenis mudah stress. balik keje je, muka bekerut. ujung minggu pun bekerut bila dengan kawan2. cuma kadang2 je dia nampak ok sikit.

bila mesej dengan aku dia selalu mengadu yang dia tak boleh tidur. semua orang hanya baik dengan dia untuk kepentingan diri diorang je. kadang2 time pukul 2,3 pagi pun dia akan mesej aku. kalau aku terjaga, memang aku reply la. kalau tak, sampai ke subuh la dia takkan tidur.

kemudian dia bermalam kat tempat aku. aku bermalam kat tempat dia. mungkin dia rasa lebih tenang masa tu. bila tidur, jarang dia terjaga tengah malam. mesej masuk pun keesokkan paginya baru dia baca. pada ketika ktulah aku lihat dia dapat mengatasi stress dia dengan baik.

balik dari kerja, takde dah dia bawa bersama masalah kerja balik ke rumah. maklumlah ada orang tersayang tengah tunggu. tak tau la kalau dia sembunyikan masalah dia dari aku. tapi macam takde. apa2 masalah biasanya dia akan share dengan aku.

bila dia balik ke tempat asalnya, untuk beberapa bulan dia masih menghubungi aku hari2. sehinggalah dia berkenalan dengan seseorang yang menyebabkan hubungan kami menjadi renggang.

pada mulanya dia kata cuma kawan biasa. kemudian dia katakan bahawa budak tu suka kat dia, tapi dia just anggap kawan. kemudian lagi… dia samakan aku dengan budak tu. memang kita tak suka dibandingkan dengan orang lain. tapi hakikatnya, aku pun tak suka disamakan dengan orang lain. aku adalah aku. yang cuma membezakan aku dan budak tu adalah, budak tu panas baran.

korang suka tak kalau kapel korang puji orang lain sama seperti korang? tau2 sendiri la.

mulai dari tu la hubungan kami menjadi semakin renggang. dah la jauh, dia asik puji orang lain je. mesej, kol aku dia dah jarang nak layan. mungkin sebab aku terlalu cemburu. terlalu ke? entah la…. tapi aku akui aku cemburu.

aku cemburu dan rasa disisihkan. dia suruh aku cari kawan kat sini. memang aku ada kawan. tapi aku nak perhatian dari kapel aku! perangai2 dia yang menyakiti aku, perangai2 aku yang menyakiti dia… akhirnya menyebabkan aku membawa diri dari hidup dia. mungkin aku masih meratapi kehilangan dia. tapi aku tak mungkin akan kembali.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s