Reminisce

31 Julai 2011

dia msg n bertanya, adakah aku masih single. Ini bukan kali pertama dia bertanyakan soalan itu. Dia pernah tanyakan soalan yang sama ketika adik aku balik bercuti dulu. Dua kali dia tanyakan soalan yang sama semalam.entah apa yang penting sangat untuk dia tahu semua ini. Bila aku katakan aku masih single, dia suruh aku kapel dengan dia je. Huh…aku tak tahu sama ada dia serius atau tidak.
Sekiranya dia serius pun, bukan semudah itu untuk aku terima dia kembali. Selama ini aku memang merasakan dia akan kembali.tapi aku tak tahu sama ada itu gerak hati aku ataupun harapan aku. Apapun, aku tak menyangka ia akan secepat ini. Maaf… Buat masa ini, meskipun aku masih menyayangi dia, aku turut membenci dia. Segala kata2nya sebelum ini memang sangat menyakikan. Tidak mungkin begitu mudah untuk aku melupakan segalanya.
Aku masih tak tahu apa yang aku inginkan. Adakah aku memerlukan kasih sayang dari dia? Adakah aku masih menyayangi dia. Adakah aku menyintai dia? Pernahkah aku mencintai dia???
Dahulu aku inginkan seseorang yang benar2 mencintai diri aku. Aku pernah berjanji akan cuba mencintai orang tersebut sepenuh hati aku. Kebetulan, dalam masa yang sama dia meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya… Aku ingatkan mungkin permintaan aku telah ditunaikan. Aku cuba untuk mencintai dia. Tapi hatiku berbelah bagi. Aku betul2 tak tahu sama ada tindakan aku betul atau tidak. Aku merasakan diri aku terlalu terburu2 untuk menerima dia. Hanya kerana aku tak ingin perasaannya terhadapku hilang.
Kini..aku inginkan orang yang mencintai aku…. Dan dalam masa yang sama, aku juga mencintai dia. Aku berharap hubungan ini akan kekal lama. Tiba2, setelah sekian lama berdiam diri, dia kembali hadir dalam hidupku. Adakah ini kebetulan? Adakah aku sudah mencintai dia? Apa yang aku takutkan, aku tersilap langkah lagi. Mungkin bukan dia orang yang aku harapkan. Mungkin orang lain.
3 Ogos 2011

Malam tadi aku sms dengan kawan aku. Dia kata tahu aku lebih sayang siapa sebenarnya. Entah la. Aku masih ragu2. Tak kesah la siapa yang aku lebih sayang. Mereka berdua bukan dalam kawalan ku lagi. Mereka ingin aku lepaskan mereka. Dan aku Cuma tunaikan permintaan mereka.
Kawan aku kata, aku terima dia dulu kerana ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan orang terdahulu. Aku salah anggap perasaan tersebut sebagai sayang atau cinta. Hahahaha… Dan paling lucu, dia mengelar aku seorang player. Bagus jugak gelaran tu. Baru sekarang aku rasakan diri aku seperti orang muda. Belum terlambat kan, untuk melalui kehidupan orang muda.
Aku player? Ingin juga aku merasa untuk jadi player sebenar. Bermain dengan perasaan orang. Kemudian meninggalkan mereka. Melukakan hati mereka. Tanpa melukakan hati sendiri. Tapi mampukah aku berbuat demikian? Hati aku terlalu sensitive bila dikaitkan dengan perasaan. Sebab itu bila aku menyayangi seseorang, aku akan menjaga dia seperti menatang minyak yang penuh. Sebab itulah dia tidak dapat hidup berdikari apabila berjauhan dari aku. Maaf…
6 Ogos 2011

Seperti hari-hari sebelumnya, aku rasa kesunyian. Aku rasa kehilangan sesuatu. Apakah benda itu? Aku pun tak tahu. Apakah? Atau siapakah? Aku inginkan sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa ini. Adakah sesiapa yang mampu megngisi kekosongan ini? Sedangkan diri aku tak ingin membuka pintu hati ini untuk sesiapa. Sakit sungguh rasanya kehilangan cinta. Aku masih belum dapat menerima sesiapapun dalam hidup aku. Atau adakah aku perlukan sesuatu dalam hidup aku? Sesuatu seperti petunjuk yang aku dapat dari mimpi selama beberapa tahun selama ini? Adakah itu yang aku perlukan sebenarnya? Aku tak tahu. Aku belum sedia. Entah bila akan berlaku. Adakah akan berlaku?

290811…

Congratulation… you have successfully made me hate love. Every time I read about sweet words between lovers, they make me sick. Huh! Sorry for friends who are crazy in love right now. Please do not request any advice about love from me. I really hate it. Sorry for being such a hypocrite before. I could not stand it anymore. Yeah… I got sweet memories for love… Lot of sweet memories… but almost all of them ended with betrayal. I really regret for accepting your love. I can forgive you, but I will not forget what you have done to me.

080911…

harinya pasti akan tiba. Pada ketika itu saya akan menjawab… maaf saya tak dapat terima awak. Sebab saya menghormati prinsip awak. Awak kata, betapa teruk pun awak menanggung dugaan perasaan, awak takkan kembali kepada ex awak. Saya tak mahu awak melanggar prinsip awak sendiri. Saya sayang awak, dan saya tak mahu awak jadi orang tak berpendirian. Awak ingat lagi tak, awak pernah kata awak tak tahu macam mana ex2 saya boleh kapel ngan saya untuk beberapa tahun. Sedangkan saya seolah-olah tak pernah bercinta. Ayat awak tu sangat mengguris perasaan saya. Saya nak tanya awak balik… Awak kan hebat sangat dalam bercinta. Tapi pelik la kenapa awak tak dapat kekal lama dengan kapel2 awak. Adakah mereka tu tak pandai bercinta jugak, macam saya? Ya…memang saya lain dari kapel-kapel awak sebelum ni. Kapel awak yang lain semuanya cepat.asal tau je awak kosong, laju je masuk line. Eh… belum sempat kosong dah masuk line. Saya lak, slow je… Ntah macam mana la orang boleh jatuh cinta kat saya? Kesian pulak saya kat orang2 yang pernah jatuh cinta kat saya. Awak jangan risau… Awak sendiri cakap kita memang takde jodoh. Buktinya, awak pun pernah bagitahu. Dan saya pun dapat lihat sendiri. Setiap kali kita merancang sesuatu, pasti akan ada hal terjadi yang menyababkan rancangan kita berdua terbatal atau ter’delay. Dan seterusnya menyebabkan kita hilang mood.

140911…

hari yang sangat membosankan. Nak online pun tak dapat. Apa yang saya dapat lakukan cumalah mengenang kembali kata-kata awak dulu. Masa mula2 kapel dulu awak kata awak harap tak ada siapa dapat menyentuh awak melainkan saya. Bagi saya benda yang awak katakan ni adalah satu janji. Tapi, hal inilah yang menjadi punca utama kenapa kita berpisah. Awak biarkan orang sentuh awak. Dan yang paling menyakitkan hati…awak yang menyerahkan diri awak kepadanya. Saya benci awak! Saya tak dapat lupakan apa yang awak lakukan terhadap saya. Dan baru-baru ini kita berjumpa. Awak ceritakan masalah awak ngan kapel awak kat saya. Awak kata awak berdua selalu bergaduh. Alasannya, sebab dia terlalu cemburu. Awak keluar dengan besfren awak pun dia jeles… hehehe… Rilek la. Kalau dibandingkan masalah awak ngan kapel awak… masalah saya besar lagi. Kapel saya pergi abiskan masa ngan ex aka skandal dia malam birthday dia… alasan… Sebab dia tak dapat cari cinta dalam diri saya. Hahaha… lucu kan…
15 Oktober 2011…
Setahun yang lepas, aku terima cinta dia. Walaupun aku tidak pasti adakah keputusan yang aku buat ni betul atau salah. Ketika itu aku Cuma fikirkan dua perkara saja. 1… aku harus lepaskan e dan teruskan hidup aku. 2… cuba terima cinta dia. Kerana lebih baik kita mencuba untuk mencintai orang yang mencintai kita daripada mengalah sebelum mencuba. Dan kini aku sudah mendapat result dari eksperimen aku. Haha… aku tak tau apakah resultnya. Yang aku tau, adalah langkah bodoh untuk menerima orang yang tidak kita cintai untuk mengisi kekosongan. Sehingga ke hari ini dia masih menghantui hidup aku. walaupun sudah 7 bulan berpisah…aku masih tak tahu apakah perasaan aku terhadapnya. Dia tutup pintu hatiku… namun dia masih memegang kunci hati aku. aku tak mencintai dia… tapi aku masih tak mampu mencintai sesiapapun… aku benci keadaan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s