Fall In Love With Friend

friends

Aku kenal #4 dalam satu laman sosial…. aku nampak dia sama daerah dengan aku, jadi aku add la. saja cari kawan. dan time tu, aku dengan #3 telah berjauhan. dia kembali ke tempat asalnya dan aku masih di kelantan. mungkin aku tertarik dengan gayanya… dan aku pun mulai bertegur sapa dengannya.

tapi aku makin mahu mendekati dia bila aku ternampak dia post gambar seseorang. dan aku mulai bertanya kepadanya tentang kawannya itu. sah itu kawan aku masa sekolah menengah dulu, Y. disebabkan #4, aku kembali berhubung dengan Y. aku berterima kasih kepadanya.

dari perkenalan dengan #4, maka terbongkarlah rahsia aku dan Y. banyak betul yang aku tak tahu rupanya.hahaha…memang aku ni katak bawah tempurung kot. Y pula seolah2 tidak terkejut pun aku sebegitu.

bila aku balik ke kampung, aku teringin berjumpa dengan #4. tapi melihat dia dari jauh, membuatkan aku segan. bukan apa…. aku belum pernah lagi berkawan dengan orang yang beridentitikan sedemikian. kebetulan dia pun selalu lepak dengan kawan2nya yang sedemikian juga. rasa sangat berbeza. walaupun aku sendiri pun memang berbeza dari orang lain. rasa tak ngam je…

mungkin #4 tau aku tak selesa dengan kawan2nya…jadi dia sanggup lepak dengan aku secara berdua je. mula2 kami memang kawan je. tak lebih dari tu….(semua pun macam tu, kan?)

masa berlalu…aku pun tiada kawan sangat di sini. sebab aku membesar di luar. #4 sajalah kawan aku. untuk lepak dan mengadu segalanya. makin lama, aku perasan #4 sanggup menemani aku kemana saja aku pergi. teringat aku kisah aku dengan yang #1 dulu. mungkinkah dia pun begitu? aku cuma buat tak tahu saja.

pada satu hari, dia bagitau aku bahawa dia sukakan seseorang….tapi dia tak tahu seseorang tu sukakan dia atau tidak. mula2 aku syak, itu aku…tapi tak mungkin la. (perasan…huh) aku tak ingat apa nasihat aku kepada dia. cuma untuk tahu bahawa orang tu sukakan dia atau tidak, aku suruh dia berhenti berhubung dengan orang tu buat sementara.

tapi kalau dia buat macam tu, dia terpaksa tutup nombornya, dan dia tak boleh berhubung dengan aku…itulah alasannya yang membuatkan aku rasa aku cuma perasan. aku pula time tu sedang berusaha untuk melupakan seseorang yang sudah tidak perlukan aku lagi.

beberapa hari kemudian, aku lepak lagi dengan #4…akhirnya dia meluahkan perasaanny terhadap aku. aku jadi confius….aku tak tahu sama ada aku patut terima dia atau tidak. tapi katanya, belum cuba, belum tahu….dan itulah caranya untuk melupakan orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s