permulaan satu perkenalan

aku dah biasa d kelantan. kebanyakan kawan aku berada d kelantan. aku sudah beberapa kali datang ke kelantan. cinta pertama dan kedua aku juga bersama dengan org kelantan. tapi percintaan d luar kelantan. agaknya kali ni aku akan mencari cinta d kelantan pula.

memulakan kehidupan aku sebagai pelajar d kelantan. aku lebih selesa bergerak solo. so, setiap kali pergi o balik dari kelas, aku boleh melencong ke tempat lain dengan bebasnya tanpa rasa bersalah kat sape-sape. itulah kali pertama aku melihat dia. entah apa yang begitu aku kagumi terhadap dia. sukar untuk mengalihkan pandangan dari dirinya. aku lihat tag namanya… wah…unik dan tak pernah lagi aku dengar nama tu. tapi sebaik aku sampai ke bilik, aku terus terlupa tentang dia. agaknya masa tu aku tengah berkejar untuk suatu temujanji.

sehinggalah aku berhubung kembali dengan seorang kawanku, Z yang sama tempat belajar d selangor dulu. dia bekerja d kelantan. so kami mengambil kesempatan untuk berjumpa pada hujung minggu. pertemuan kami sekejap saja. jadi tak puas la untuk mengenang kembali kisah semasa sama berjuang dulu. so, dia ajak aku untuk datang ke rumahnya pada minggu hadapan. lagipun katanya dia seorang je nanti. housematenya yang seorang bekerja overtime dan seorang lagi balik kampung. elok la jugak tu, fikirku… aku pun segan nak berkenalan dengan orang baru.

tiba masanya, murni pergi menjemput aku d bandar. sesampai d rumahnya, hujan turun dengan lebatnya. seronoknya klu dapat main ujan. tapi Z baru je lepas demam. kami cuma bercerita d dapur sambil dia menyediakan bahan-bahan untuk memasak. tiba-tiba terdengar bunyi pintu utama sedang cuba d unlock. aku dan murni saling berpandangan. aik…siapa la agaknya. rupa-rupanya housemate Z. dia tak jadi nak kerja overtime. so terus balik rumah. masuk je, terus masuk bilik, salin pakaian dan baring. aik….kenapa dia macam tu??rasa-rasa nak balik segera-gera je.

first met

tiba-tiba dia bangun dan menuju ke dapur. dia datang ke arah kami berdua. dia dan Z bercakap sebentar.  Z perkenalkan aku kat dia. aku masih blur, sambut je salam dia. dia kata namanya #3. aku pun perkenalkan diri aku juga… kemudian dia kembali berbaring d dalam bilik. erk… apa aku patut buat ni?nk balik je ke? ‘tak payah pedulikan dia’, Z bagitau aku. dia penat tu…kerja seharian. aku pun angguk je kepala. kami berdua jadi senyap je.

masa dinner, Z ajak #3 makan sama. aku terkial-kial je. ye la, tengok perangai dia petang tadi, macam dingin je. tapi sepanjang malam tu, #3 asik bergurau n usik aku. wah…lain betul dari perangai dia petang. aku lak, orang yang aku baru kenal, aku takde la nak balas balik. aku cuma tersenyum malu je.hahaha…

keesokan harinya Z hantar aku balik hostel.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s