my first crush

Aku cuma boleh katakan ni la cinta monyet aku…

  Image

kisah berlaku semasa aku F4 (agaknya…). aku tak tahu apa yang menarik tentang dia. mungkin senyumannya? ataupun matanya? aku tak ingat.

tapi, first time aku ternampak dia di tempat kerjanya, aku terus tertarik. hampir setiap hari aku pergi ke supermarket semata-mata untuk melihat dia. alasan aku untuk pergi ke situ adalah untuk membeli gula-gula nicolet perisa blackcurrant, memang gula-gula favourite aku time tu.

setiap kali aku datang ke situ, dia sentiasa kelihatan ceria. mungkin ternampak aku la kot. haha… perasannya…. tapi, apabila aku memandang dari jauh, biasanya dia nampak sedih atau suram. sehinggalah dia ternampak aku, barulah terukir senyuman di bibirnya.

aku tak berani untuk menegurnya. aku cuma mengetahui namanya joni melalui resit barang yang aku beli. kami cuma berbalas-balas senyuman sepanjang perkenalan kami. aku sangat gembira apabila melihat dia gembira.

ketika berada di F5, aku semakin busy dengan aktiviti sekolah dan persediaan untuk SPM. aku semakin jarang menjenguk dia. apabila aku pergi ke situ, aku perhatikan dia dari jauh. wajahnya kelihatan sedih je. kadang-kadang aku terserempak dengan dia yang berwajah muram. dan tidak lama kemudian dia akan kembali ceria.

SPM semakin hampir dan aku tak mahu gagal math dan add math. sekiranya adik beradik aku pergi ke supermarket tersebut, aku akan minta diorang belikan aku gula-gula nicolet, sebagai pengubat rindu terhadapnya. pernah sekali, stok gula-gula nicolet langsung tiada di supermarket tersebut… aku menjadi demam. haha… addicted dah kot. puas adikku mencari, akhirnya stok tiba jua. mendapat saja gula-gula tersebut, terus aku menjadi sehat.

ketika SPM atau selepas tamat SPM, aku pun tak pasti… kali terakhir aku menemuinya. aku ingin dia tahu yang aku sukakan dia. aku lipatkan duit RM10 menjadi bentuk hati. aku capai gula-gula nicolet dan terus menuju ke kaunternya. aku menghulurkan duit tersebut kepadanya. alangkah cerianya wajah dia ketika itu. dia cuba untuk membuka lipatan tersebut, namun tak jadi. ditunjuknya kepada kawan-kawannya. disebabkan dia masih bertugas, duit tersebut disimpannya di bawah sekali. aku berharap dia menyimpan duit tersebut sehingga ke hari ini.

kali terakhir aku ternampak dia adalah ketika dia melintas di hadapan rumah aku. dia ternampak aku, namun wajahnya sedih sahaja. aku tidak faham apakah makusd kesedihan di wajahnya sehinggalah aku pergi ke supermarket tersebut. dia langsung tidak kelihatan, walaupun beberapa kali aku pergi ke situ. rupa-rupanya dia telah berhenti kerja, tapi aku tidak tahu kemana dia telah pergi. ada masanya aku rindukan senyumannya itu.

baru-baru ini aku telah pergi ke supermarket tersebut, selepas hampir 15 tahun berlalu. aku masih dapat merasakan perasaan aku pada ketika itu. aku masih tercari-cari sekiranya dia juga kembali ke situ.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s